Thursday, November 28, 2013

Kenali Kerektor dan Skil Peserta MasterChef Malaysia All Stars

Peserta MasterChef Malaysia All Stars & Kerektor Mereka - Rasanya kita sedia maklumkan bahawa MasterChef Malaysia All Stars sudah seminggu berlalu. Kenchana Dewi dan Enot telah disingkirkan pada minggu pertama ini (episod 4)... Apa pandangan kalian??
Kenchana dan Enot
Entri kali ni leeza nak berkongsi pasal kod kerektor dan skil setiap peserta MasterChef Malaysia All Stars ini. Leeza dapat maklumat ni dari majalah Astro bulan Disember 2013....

Kenali Kerektor dan Skil Peserta MasterChef Malaysia All Stars

AZLINA (MCM 1)
Kerektor : Don't mess with me
Skil : Masakan Cina

BRIAN (MCM 1)
Kerektor : Chef In Hat
Skil : Masakan Perancis
 
KENCHANA DEWI (MCSM 2)   *Tersingkir
Kerektor : Pengguna Tegar Serbuk Kari
Skil : Masakan India ; Tempatan

IMELDA (MCM 1)
Kerektor : Bunga di Kepala + Kipas tangan + Lego
Skil : Masakan Tempatan , Sarawak

KARL SHAFEK (MCSM 1)
Kerektor :Cepat Belajar + Manis Mulut
Skil : Masakan Tempatan

CHE LAH (MCM 2)
Kerektor : Maintain Cantik + Pakar Kosmetik
Skil : Masakan Melayu
 
ZAMIR (MCM 1)
Kerektor : Muka Jambu + Suka buat muka "kesian"
Skil : Masakan Tempatan

ALONG (MCM 2)
Kerektor : Lelaki Sasa + Tomoi
Skil : Masakan Melayu , Hiasan Pinggan

ENOT (MCSM 2)   * Tersingkir
Kerektor : Emosional
Skil : Masakan Tempatan

ARY MALIK (MCM 1)
Kerektor : Come Back Kid
Skil : Masakan Barat

SHARIFAH SHAHORA (MCSM 2)
Kerektor : Penghibur di Dapur Masterchef + loyar buruk
Skil : Masakan Tempatan

SYANIE (MCSM 2)
Kerektor : Huggable Teddy Bear
Skil : Masakan Barat

AZNI  (MCM 2)
Kerektor : Kiraan + Angka
Skil : Memasak dalam situasi kritikal

RAJA AZMI (MCSM 1)
Kerektor : Ratu manipulasi
Skil : Masakan Tempatan
 
MICHAEL ANG (MCSM 2)
Kerektor : Kaki gosip + Kaki cucuk
Skil : Masakan Barat

SOO WINCCI (MCSM 1)
Kerektor : Ratu Cantik , Penyayang
Skil : Ukiran Makanan

SHAHRIAH (MCM 1)
Kerektor : Novelis mangkuk
Skil : Masakan Tempatan

AZWAN ALI (MCSM 1)
Kerektor : Mulut Lancang
Skil : Masakan  Tempatan

CELINA KHOR *Naib juara(MCSM 2)
Kerektor : Wanita sistematik + teknikel
Skil : Masakan  Fusion

AH HONG * Naib juara (MCM 2)
Kerektor : Kuat Berpeluh + Kreatif
Skil : Masakan  Barat

kredit - majalah astro disember 2013, halaman 34 & 35
 
TITIK SANTAI :: :: ::  
Milik siapalah agaknya kan MasterChef Malaysia All Stars kali ni?

Wednesday, November 27, 2013

Bina Ayat Taman Sains

LATIHAN BAHAGIAN A : BINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR.. 
Tajuk : Bina Ayat "Taman Sains"

Bina Ayat "Taman Sains"


  • menggembur
  • menyiram bunga 
  • memberi makanan
  • menyusun daun pisang
  • mencangkul
  • membina batas
  • mencantas rumput menggunakan pemangkas
  • melihat
TITIK SANTAI :: :: ::  
Bersedia untuk kelas tambahan bulan disember ini...... gambateh leeza..!

Saturday, November 23, 2013

Senarai Nilai Murni Untuk Jawab Ulasan Nilai

Senarai Nilai Murni yang dimurnikan ikut tahap murid leeza. Senarai Nilai Murni ni leeza buat dengan harapan dapat lah membantu anak murid leeza. Tahun kedua menyediakan bahan Senarai Nilai Murni ni. Tahun pertama punya macam tak berjaya.. Kali ni dikemaskini sedikit dan bahagian catatan perlu dicatat erti dalam bahasa cina....

Senarai Nilai Murni 1
Senarai Nilai Murni 2
Senarai Nilai Murni 3
Senarai Nilai Murni 4
Penambahbaikkan daripada yang pakar dan guru-guru senior amat dialu-alukan. Dari semasa ke semasa leeza sentiasa cuba membaiki kelemahan diri untuk memastikan ilmu yang hendak disampaikan kepada anak murid dapat diterima dengan jayanya... (ayat skema!!) Senarai Nilai Murni

DOWNLOAD DALAM BENTUK WORD : SLIDE SHARE SENARAI NILAI MURNI

TITIK SANTAI :: :: ::  
Merenung disember yang penuh dengan kelas tambahan.....

Friday, November 22, 2013

Nora Danish Dalam Teater Bahayanya Wanita

Nora Danish Dalam Teater Bahayanya Wanita
Bahayanya Wanita begitulah tajuk teater yang bakal diteraju oleh barisan pelakon hebat seperti Zizan, Umie Aida, Nora Danish, Erra Fazira dan Johan As'ari. Pementasan Bahayanya Wanita ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya mulai bulan depan (Disember). Tarikh pementasan ialah bermula pada 20 hingga 31 Disember 2013. Panjang lagi masa kan untuk dapatkan tiket.... 

Leeza nak terjah Istana Budaya jugalah untuk melihat pementasan Bahayanya Wanita. Dengar kata Nora Danish menyanyi nanti... waaaaa ....... 

Berkaitan tiket Bahayanya Wanita adalah seperti berikut : 
Tiket Bahayanya Wanita
Bahayanya Wanita menceritakan bagaimana seorang tokoh korporat melalui masalah CINTA yang dicarinya... Baca selanjutnya di >>>SINI<<<
Tidak seindah yang diimpikan juga tidak semudah yang disangkakan buat seorang lelaki apabila dia terpaksa mengendalikan 4 cinta dalam satu waktu. KERANA wanita itu adalah pengabdi cinta yang sejati. MANAKALA lelaki tidak pernah puas dengan segala pengabdian itu.
CINTA buat lelaki hanyalah rentak emosi yang mengasyikan TETAPI CINTA buat wanita adalah roh kepada sebuah kehidupan yang tulus dan suci. Bagaimanakah seorang lelaki mengendalikan roh cinta abadi itu mengikut rentak emosinya?

APAKAH BENAR INI CINTA SEJATI SYED MAADON?
KALAU IYA ! APAKAH KEHEBATAN JANDA INI SEHINGGA MAMPU MEMBUATKAN SYED MAADON MENJADI ANGAU DAN SASAU SEPARUH MATI TERHADAPNYA?
Jawapannya adalah BAHAYANYA WANITA…


Mari ramai-ramai dapatkan tiket teater Bahayanya Wanita... Kepada peminat Nora Danish, Erra Fazira, Umie Aida, Zizan dan Johan As'ari, apa lagi yang kalian tunggu..... Mari kita sama-sama sokong pementasan Bahayanya Wanita!! 

Wanita itu seperti mesin penggoda yang tak habis-habis baterinya…
Wanita itu juga bom waktu yang mampu meletop bila-bila masa sahaja….

Lokasi untuk dapatkan tiket juga boleh lihat di laman yang dinyatakan iaitu :
http://redtix.airasia.com/Events/BahayanyaWanita/

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza harap dapat pergi tonton ..... serius nak pergi nie....

Thursday, November 21, 2013

Tonton CARRIE

Siapa yang dah tonton filem CARRIE?? Mungkin ada yang tak tahu filem apakah ini? Tengok poster dulu k....
CARRIE
Ok... Kalian dah tengok CARRIE?? Leeza baru tengok filem ni Rabu lepas. Tak plan pun nak tengok filem apa. Tapi dah filem ni sahaja yang ayah dan mak cik leeza tak tengok.. So terpaksalah layannn filem ni....

Mula-mula leeza ingat CARRIE ni filem hantu lah konon... Alahai rupanya bukan.... Jom baca lebih lanjut ringkasan keseluruhan .. >>

CARRIE WHITE ni ada kuasa luar biasa ... Carrie sering dipandang rendah ... 1 hari dia diajak pergi ke prom. Malangnya suatu kejadian yang tidak diingini berlaku dan Carrie telah "mengamuk" dan menggunakan kuasanya untuk membunuh semua orang yang membulinya.
Itu ringkasannya... Pandangan leeza ....
  • Ending filem CARRIE ni.... aduhai..... tidak memuaskan hati.
  • Tak faham ibunya atau carrie yang bermasalah???
  • Impak yang terbaik selepas menonton filem ni ialah Setiap orang ada tahap KESABARAN... Apabila ianya tidak dapat dibendung, maka sesuatu keburukan berlaku.
  • Impak lagi satu ialah Apabila manusia dikuasai dengan perasaan marah dan dendam, mereka sanggup buat apa sahaja walaupun sampai tahap membunuh...
Demikianlah penulisan leeza.... Leeza beri 3 bintang untuk CARRIE..........
CARRIE CARRIE
TITIK SANTAI :: :: ::  
Siapa yang dah tengok filem CARRIE??
-Kesabaran ada tahapnya, ingat tuuuuu!!!!!!!

Wednesday, November 20, 2013

Tonton, Review Benci Vs Cinta

Tonton Benci Vs Cinta
Setiap Isnin jam 9.30 malam, akan leeza pastikan TV kokak leeza itu membuka siaran Astro Ria... Haaaaaa Sebabnya hanya satu... Nak tengok Nora Danish dalam Benci Vs Cinta arahan Michael Ang dan Adlin Hanim .. 

Actually leeza suka lakonan Nora Danish dalam drama Benci Vs Cinta...Comel dan memang comel... ki ki ki ... Tak lupa lakonan Marsha yang buat leeza tergelak!! 

MARSHA : 
  • Bila Marsha speaking london dia dalam Benci Vs Cinta, boleh bikin rumah gegar dengan gelak tawa. 
  • Setiap kali Marsha bersuara, pasti disahut dengan tawa yang besar daripada leeza.
  • Watak yang comel, manja dan sikap lurus Marsha sangat menghiburkan hati.
  • Lakonan yang baik.
NORA DANISH : 
  • Anak kepada Didie Alias dalam Benci Vs Cinta dilakonkan dengan baik.
  • Ada ketikanya Nora Danish lebih berperwatakan seorang ibu jika dibandingkan dengan Didie Alias.
  • Seorang anak yang amat mengambil berat akan ibunya.
  • Perwatakan comel apabila bersama Randy Pangalila.
RANDY PANGALILA :
  • Semestinya gentleman dan sempoi.
  • Lakonan dalam dua perwatakan yang berbeza dilakonkan dengan baik sekali.
  • Suka part Randy Pangalila (penjual ayam) terpaksa berpura-pura menyukai Nora Danish.
  • Part Randy Pangalila (penjual ayam) terpaksa menyanyi juga amat lucu.
DIDIE ALIAS :
  • Part paling best apabila Didie mula jatuh hati dan menjalinkan cinta dengan Encik Rahmad (pensyarah Nora Danish).
  • Apabila Didie Alias merajuk kerana cintanya dihalang oleh Nora Danish merupkan part yang sangat comel
  • Leeza juga suka part Didie Alias menjawab setiap bebelan dan soalan Nora Danish dengan jawapan-jawapan yang mencuit hati.
Secara keseluruhannya, Benci Vs Cinta memang sebuah drama yang leeza tunggu setiap hari Isnin....  

Benci Vs Cinta  - kredit FB
Benci Vs Cinta - kredit Facebook
KOLEKSI GAMBAR BENCI VS CINTA : 
FOTO BENCI VS CINTA 

DOWNLOAD SINI : 
BENCI Vs CINTA

SeLaMat MeNonTon SeMua ~ ~~
TITIK SANTAI :: :: ::  
Lagi 3 episod nak tamat dah cerita nie.......

Tuesday, November 19, 2013

Branch Khatijah's Kitchen dan Pelancaran Video Brosur


Branch Khatijah's Kitchen
16 November 2013 bertempat di Khatijah's Kitchen telah berlangsungnya sebuah pelancaran Video Brosur. Tambahan, majlis pada petang itu juga bertujuan untuk memperkenalkan Branch Baharu Khatijah'S Kitchen yang terletak di PV128, Jalan Genting Klang. Tidak lupa Komuniti Blooggers juga terlibat sama dalam menjayakan majlis pada petang itu.

BRANCH KHATIJAH'S KITCHEN
Branch Baharu Khatijah'S Kitchen ini terletak di PV128, Jalan Genting Klang, Setapak. Semasa leeza berada Khatijah's Kitchen, leeza sangat tertarik dengan konsep Khatijah's Kitchen yang simple tapi menarik ni. Suasana di Khatijah's Kitchen sungguh tenang. Pada leeza, kalau kita lepak-lepak, sembang-sembang amat sesuai berada di Khatijah's Kitchen. 
Kuih-muih yang disajikan
Paling leeza suka ialah kuih-muih yang dihidangkan.... Tak ada cacat celanya. Manakala, Laksa yang dihidangkan... Ohhhh my.... tak terkata.. Leeza kategorikan perfect... Ikutkan hati ni, memang leeza nak try dua tiga kali lah... Tapi malu lah pulak kan... So rugilah.... X perrr, next time leeza pergi sendiri makan. heeeeeee

 
VIDEO BROSUR
Dalam masa yang sama, pelancaran Video Brosur juga diadakan di Khatijah's Kitchen. 

Apa itu Video Brosur ???
Video Brosur dalam kata yang lebih mudah ialah penghasilan video untuk marketing atau mempromosikan barangan / produk jualan kita. Konsep Video Brosur yang mengabungkan penyampai yang profesional, gambar, video, animasi tentang sesuatu produk. Dalam erti kata lain, kita dapat menjimatkan masa untuk mempromosikan produk jualan kita apabila kita mengambil pakej yang disediakan oleh Video Brosur. 

Maklumat Lanjut, Sila Ke Laman INI..... 

Pandangan leeza tentang Video Brosur... Semestinya amat mudah, ringkas dan menjimatkan masa seorang usahawan / peniaga untuk mempromosikan produk mereka. Pada leeza, tak mustahil dengan memilih khidmat video brosur ini, produk atau perniagaan yang dikendali bertambah maju. Hal ini kerana pembikinan video yang dilakukan bersesuaian dengan peredaran masa kini. Yang paling utama ialah kita dapat menjimatkan masa....

Video Brosur
Kek Video Brosur: Marketing Make Easy
Branch Khatijah's Kitchen : 
Khatijah's Kitchen, 
No 21, Jln 11/2, Jln Bukit, 
46200 Petaling Jaya.

Khadijah’S Kitchen,
No 35G,PV 128,
Jalan Genting Klang,
53000, Setapak,Kuala Lumpur.

FACEBOOK Khatijah's Kitchen >>HERE<<


Video Brosur :  
or call
1300-888-977

165, Jalan Limau Purut,
Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
www.bleunagas.com

Demikianlah Event pada hari itu..... moga bertemu lagi...
Sekeping demi sekeping....
**Ada dua keping gambar yang leeza ambil dari kak nora.... Blogger yang tinggi dan manis... Jom terjah beliau.... Jommmmmm cepat... Laju-laju terjah blog KAK NORA.. >>SINI SINI<<

TITIK SANTAI :: :: ::  
Happy days.....

Monday, November 18, 2013

Kursus Kejurulatihan Badminton Peringkat Kebangsaan

Kursus Kejurulatihan Badminton Peringkat Kebangsaan
Kursus Kejurulatihan Badminton Tahap 1 2013 Peringkat Kebangsaan telah leeza hadiri pada 11 hingga 15  November 2013. Mula-mula dapat berita ni leeza berasa sangat gembira.. Tambahan, hanya 2-4 orang guru bagi setiap negeri sahaja yang akan dihantar ke kursus ini setiap tahun. 

Leeza berasa bertuah sangat sebab dalam usia yang "sangat" muda ini, leeza terpilih untuk hadir Kursus Kejurulatihan Badminton ini. Kursus Kepegawaian Badminton Tahap 1 juga sudah dihadiri dan leeza berjaya LULUS dalam ujian menulis. Malangnya leeza belum sempat buat prektikel untuk dapatkan SIJIL Kepegawaian Badminton Tahap 1 ...

Kursus Kejurulatihan Badminton Tahap 1 Peringkat Kebangsaan ni diadakan di Port Dickson Negeri Sembilan. Yang buat leeza terkejut ialah para guru yang menyertai kursus ini jauh perbezaannya umur dengan leeza. Serius leeza macam kanak-kanak ribena saja di sana... Berdebar sangat kerana mereka sungguh hebaat, banyak pengalaman dan ilmu sains sukan di hujung jari. dan leeza????? telan air liur saja...
Sesi kuliah Kejurulatihan Badminton
Jadual kursus ni sangat sangat sangat padat.. Dari jam 8 pagi hinggalah 10 malam... Pada 14 dan 15 November, leeza perlu menduduki ujian menulis, ujian amali yang merangkumi skill test dan ujian mengajar (coaching) ... Result belum keluar lagi... Doa-doalah leeza lulus...... 

Coaching Test
Rancangan Mengajar Yang Dibuat (10%)

Sedihnya, leeza rasa masa ujian mengajar, leeza buat dengan TERUK SEKALI... Tak yakin boleh lulus.. Im Toooooo Nerves !!!

Demikian lah.....

Bersantai bersama-sama bakal coach Malaysia.. haaa ~
Bakal-bakal Coach Nak Lepak Starbuck!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Harap lah lulus..... huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Friday, November 15, 2013

Aksi Kucing Buat Iklan

Aksi Kucing Buat Iklan - Kongsi Foto-foto kucing kesayangan adik leeza....... Jommm roll.....

Ekor Kontot
Angry Cat
Jelingan Yang Jauh
Orang Nak Menaip , Dia Pun Sibuk Juga!

Hari ni kembali semula ke rumah setelah seminggu berkampung di Port Dickson untuk menjalani kursus kejurulatihan badminton..... :-)

TITIK SANTAI :: :: ::  
Miss my home ....

Thursday, November 14, 2013

Follower Yang Ke 1000

Follower Yang Ke 1000 - Akhirnya berjaya juga sampai ke 1000. Lama menanti angka 1000 itu. Kepada blogger wanariahamiza.blogspot.com , TERIMA KASIH kerana menjadi yang ke 1000.....

TINGKATKAN FOLLOWER
Follower Yang Ke 1000
Kepada yang lain.. leeza nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi FOLLOW blog leeza.... Tanpa kalian tiadalah angka 1000 itu.....
TERIMA KASIH

Kalian yang mahu menambah kenalan, boleh FOLLOW blog http://wanariahamiza.blogspot.com/ ....
Kepada pemilik blog wanariahamiza ... Nanti PM leeza di

PAGE RASMI SANTAI LEEZA dot Com

*NAMA dan ALAMAT

TITIK SANTAI :: :: ::  
Terus menulis........

Wednesday, November 13, 2013

Borang Prestasi, E-SPLG, Sasaran Kerja

Tahun pertama dalam dunia pendidikan dan berkhidmat sebagai seorang pendidik cukup mencabar. Banyak sungguh rintangan di luar jangkaan yang perlu leeza lalui... Liku sungguh rasanya...

Mengenangkan bagaimana payahnya mendidik dan membimbing?? bagaimana sukarnya mengawal tingkah laku anak didik?? dan bagaimana teruknya mahu memaksa mereka menyiapkan setiap tugasan... Fuhhhh rasa "kagum" seketika .. bagaimana pula leeza masih boleh bertahan......

Belum mula cuti sekolah, leeza dah terbayang-bayang bertapa sukarnya tahun depan... Tanggungjawab bertambah besar, amanat bertambah berat.... Bulan Disember ni sudah mahu dikerah tenaga dan diperah otak untuk mencurah ilmu bagi memastikan bilangan murid yang gagal berkurangan....

Mukadimah tentang persekolahan leeza macam panjang jer... Haaaa .... Sebenarnya nak berkongsi berkaitan borang prestasi yang perlu diisi oleh setiap guru.... Kategori blur juga lah kan... Tapi belasah jer lah guru ini isi..... Katanya borang prestasi ni untuk Anugerah Cemerlang.... Tapi leeza tak layak pun... Belum disahkan jawatannya kan.. So mana mungkin lah....

Oklah roll borang.....Taaaa daaaa ~ ~

Sasaran Kerja
E-SPLG
Alhamdullilah.... Kursus Sepanjang Tahun mencukupi ......
Macam ni lah muka... Haaaaaaa
TITIK SANTAI :: :: ::  
'Entry Autopost sepanjang minggu....
Berada di luar kawasan menjalani kursus kejurulatihan badminton....
 

Tuesday, November 12, 2013

Ketahui Kemanisan Berblogging

Orang sekeliling leeza sering berkata bahawa leeza membazirkan masa di depan lap top.. Membazirkan masa dan tidak memanfaatkan masa dengan sebaiknya... 

Pernah seorang kenalan baharu berkata "Rupa-rupanya masa awak dihabiskan dengan berblogging... Patutlah awak suka duduk rumah...

Ohh yer...! ada ketikanya memang leeza lebih rela duduk di hadapan lap top berjam-jam lamanya kerana leeza berasa seolah-oleh leeza sedang menjelajah dunia... Haaaaa berangan sih!

2 bulan lepas leeza ada buat GIVEAWAY... Tanpa leeza duga salah seorang pemenang GIVEAWAY tersebut membalas pemberian leeza... Tak pernah leeza fikir bila leeza anjurkan GIVEAWAY leeza pula dapat hadiah... waaaaa so sweet babe!! :-p

Entri ni khas ditulis buat blogger tersebut... TERIMA KASIH dan Salam Perkenalan... Moga kita dapat menyerikan hari-hari kita dalam dunia blog ini.... 

TERIMA KASIH UNTUK INI .....
JOM FOLLOW BLOGGER SEMPOI NI ...... EYMASU

TITIK SANTAI :: :: ::  
Salam Perkenalan Miss Eymasu ......

Saturday, November 9, 2013

Tonton Super Mokh Sebuah Muzikal

Tonton Super Mokh Sebuah Muzikal
Super Mokh Sebuah Muzikal akan dipentaskan pada 6 - 18 November 2013.  Seperti biasa, pementasan Super Mokh Muzikal ini akan diadakan di Panggung Sari Istana Budaya.

Muzikal ini akan sekali lagi menampilkan Awie sebagai Mokhtar Dahari. Kita mengetahui yang Awie adalah seorang yang berbakat besar di dalam bidang nyanyian, lakonan dan yang terkini, sebagai seorang pelakon komedi. Saksikan pula bagaimana Awie menimbang bola.                                     MAKLUMAT DARI SINI

BELI TIKET Super Mokh Sebuah Muzikal :  >>SINI<<
Jadual Pementasan Super Mokh
HARGA TIKET :

Harga Tiket Super Mokh
Kalian boleh berkunjung LAMAN ISTANA BUDAYA untuk melihat pementasan teater dan muzikal yang lain.... Selamat Berkunjung .....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza

Keputusan Separuh Akhir Muzik-muzik 28

Secara ringkasnya leeza update keputusan Separuh Akhir Muzik-muzik 28 yang berlangsung pada 8 November 2013.......

  • In Love With You nyanyian Aizat Amdan & Noh Salleh
  • Penglipurlara  nyanyian Hazama & The Penglipurlara  
  • Jangan Pergi nyanyian Loka 
  • Agenda Jahiliah nyanyian Bunkface
  • Takkan Terpisah nyanyian Black
  • Permata nyanyian Alyah & Ben 
 Separuh Akhir Muzik-muzik 28 bakal diteruskan pada 15 November 2013

TITIK SANTAI :: :: ::  
Cau cin cau....

Friday, November 8, 2013

Pertandingan Badminton di SJKC Tsun Jin

Pertandingan Badminton untuk guru-guru di SJKC Tsun Jin telah diadakan pada 26 Oktober lepas... Pertandingan bagi sesi 2013 telah mendapat tajaan yang baik daripada salah seorang bekas PIBG sekolah... Hadiah lumayan maka penyertaannya pun boleh tahan ramai.. Masing-masing nak berebut sebatang raket YONEX berserta BEGNYA.... 

Leeza pun tak ketinggalan berlatih untuk merebut peluang keemasan ni. Bolehlah tambah koleksi kan..... Roll seketika gambar-gambar kami....

Pertandingan Badminton di SJKC Tsun Jin

Badminton
BADMINTON - YONEX
HAPPY FACE - SO SWEET
TAHNIAH .......
Ni Hadiah Leeza ..... Heeeee
TITIK SANTAI :: :: ::  
Rezeki pada 26 Oktober 2013 - Johan Bergu Perempuan...
Set 1 : Kalah 15-21
Set 2 : Menang 21-17
Set 3 : Menang 21 - 15 

Thursday, November 7, 2013

Kenapa Tonton Love You Mr Arrogant?

Kenapa Tonton Love You Mr Arrogant?
Demam drama "Love You Mr Arrogant" ker sekarang ni?? Minggu ni akhir ea?? Leeza serius tak tahu sangat pasal perkembangan drama ni. Rata-rata menyebut "Love You Mr Arrogant" best lah apa lah, semuanya memberi respon yang amat positif... Naik binggung leeza... Beberapa hari lepas baru lah leeza tahu ada drama ni... Ouch ketinggalan zaman sih.......

Hari ni sekolah leeza ada event (Majlis Anugerah Cemerlang) yang bermula jam 7 hingga 10 malam... Adalah beberapa rakan yang berbisik-bisik sebab "Love You Mr Arrogant" episod akhir... Oleh sebab leeza tak layann drama ni, tak adalah leeza terkilan sangat kannn.... Tapi drama TVB (Hong Kong) yang leeza layan jam 7 malam pun episod akhir juga.. Haaaaaaaa.......... 

Tujuan entri ni dihasilkan sebenarnya nak tanya para penonton "Love You Mr Arrogant"... Daya tarikan cerita ni dan jalan cerita ni... 
  • Romantik ker?
  • Sedih ker? 
  • Ada unsur pengorbanan kah?
  • Ada nilai ketabahan wanita kah?
Pada mereka yang sudi berkongsi komen dan respon kalian.. Silalah tinggalkan komen... Kalau betul-betul best, nak jugalah leeza try download... heeeeeee

TITIK SANTAI :: :: ::  
Habis sekolah pukul 1 petang, datang semula pukul 5 petang... jadi jurusolek tak bertauliah... hmmmmmmmm

Wednesday, November 6, 2013

Kad Ucapan Hari Lahir Buat Dia

Ucapan Hari Lahir Buat Dia - Sakit-sakit bahu ... leeza gigihkan juga lah edit gambar yang di copy paste dari carian google... Nak design guna photoshop memang ke laut lah... So kepada Miss Rasyida... Terima lah ucapan leeza ni dengan hati yang TERBUKA LUAS erk...Penat leeza memikirkan apa nak cakap.... 

Lama berfikir akhirnya bait-bait ayat itu saja lah yang terluah.... "Macam comel jer, Macam comel jer...." 

Ucapan Hari Lahir Buat Dia

EDIT GUNA : POWER POINTS
GAMBAR : CARIAN GOOGLE
FREEBIE / DOODLE : Encik Apit

**Doodle, Freebie yang leeza guna dalam gambar di atas, adalah dari laman Encik Apit yang kacak ni.... Serbu laman beliau dengan melihat lebih banyak lah FREEBIE...... freebie freebi freebie here

TITIK SANTAI :: :: ::  
Akak ucapkan Selamat Hari Lahir .... 1 pesanan daripada pihak penganjur, kurangkan makan agar anda kelihatan lebih comel ... Sesungguhnya, sekarang dah teramat comel.. ada orang jeles.. so kenalah kurangkan comel itu.... haaaaaaaaa :-p