Thursday, December 26, 2013

Red Wok Restaurant Miliki Ciri Tersendiri

Red Wok Restaurant Miliki Ciri Tersendiri
Red Wok Restaurant yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor memiliki ciri tersendiri. Berkonsepkan warna merah sememangnya mewujudkan satu suasana yang unik. Seoalah-olah kita berada dalam misteri... ceh ceh ceh ayat....

Pemilik Red Wok Restaurant merupakan seorang mualaf yang bernama Awang Hashim Bin Abdullah. Red Wok Restaurant beralamat di Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu Operasi Red Wok Restaurant :
Isnin hingga Khamis :  12pm hingga 3pm
Isnin hingga Jumaat : 6pm hingga1 2am
Sabtu dan Ahad : 12pm hingga 12am
**Jumaat : Masa makan tengah hari, Red Wok Restaurant ditutup

Red Wok Restaurant - Seafood
Leeza datang ke Red Wok Restaurant ni bertujuan untuk meraikan Hari Lahir adik leeza a.k.a boyfrenz sejati leeza ni... Haaaaaa ... Memandangkan adik leeza nak makan steamboat, maka sampai ke Bangi leeza bergerak... Macam lah kat area Cheras dah tak ada steamboat...
Kami tiba Red Wok Restaurant pun dah lewat, maka kami tak pandang kiri kanan dan terus menjamu selera.... Haaaa gelojoh bebenor... al-maklum.. lapar ~ ~ ~

Red Wok Restaurant "KETAM"

Red Wok Restaurant "Steamboat"
Sedang asyik + khusyuk menikmati steamboat di Red Wok Restaurant ni, leeza ternampak peserta MasterChef Malaysia All Stars iaitu Che Lah... Ewaahhhh Che Lah pun makan sini der... Kategori terbaek lah Red Wok Restaurant ni kan.....
Che Lah di Red Wok Restaurant
Tak akan lah leeza nak snap gambar dengan Che Lah masa tengah-tengah makan tu kan... Tengok jer lah dari jauh... (kredit picture FB)

Selain menyajikan steamboat, Red Wok Restaurant yang memilki ciri tersendiri ini juga ada ala-carte.. Di samping itu, kalau kalian ada yang nak buat event, tapi tak ada tempat, juga boleh datang ke Red Wok Restaurant. Hal ini kerana di sini turut menyediakan khidmat tersebut.... Lihat Laman Red Wok Restaurant >>sini<<

HARGA BUFFET STEAMBOAT + SIZZLING RED WOK RESTAURANT:
DEWASA : RM33
KANAK-KANAK : RM21

Himpunan di Red Wok Restaurant

TITIK SANTAI :: :: ::  
Selamat Menjamu selera di Red Wok Restaurant Bangi Yang Menampilkan Ciri-cirinya tersendiri.

Tuesday, December 24, 2013

Tonton PAKU Lakonan Johan A'sari

Tonton PAKU Lakonan Johan A'sari
Gambar PAKU di atas dari laman INI .... Terima kasih....
Semalam leeza terjah panggung untuk menonton PAKU lakonan Johan A'sari. Entah kenapa saat melihat poster PAKU lakonan Johan A'sari dan Aisyah telah menarik leeza untuk menonton filem seram berdasarkan kisah benar Tragedi Highland Tower

Secara keseluruhannya, filem PAKU tidak menampilkan jalan cerita yang kuat. Perkembangan cerita agak perlahan. Itu kelemahan yang sangat ketara..

Kelebihan filem PAKU ialah mempunyai nilai dan pengajaran yang sangat bermakna. Apabila kita melibatkan diri dengan ilmu hitam ini, penghujungnya pasti tidak mendatangkan apa-apa kesan yang positif kepada dri kita.

Penghujung filem PAKU ini mudah dan simple. Untuk mengeluarkan PAKU daripada Aisyah (pontianak) agak mudah. Jadi ending cerita ini cepat tapi perkembangannya sahaja agak lambat.. Mengeluh banyak kali leeza ... hiiii..........

Jumlah bintang yang leeza beri kepada filem PAKU ialah
3 BINTANG


** S e K i A n **

Sunday, December 22, 2013

Kerana Tulang Ary Malik Tersingkir?

Kerana Tulang Ary Malik Tersingkir? Kredit FB
Mula dengan soalan pembuka entri kali ni, Adakah Kerana Tulang Ary Malik Tersingkir? Hidangan yang perlu disediakan pada hari ini ialah berkonsepkan ikan siakap dan memerlukan sos. Woww ikan siakap.. sedap dan enak kalau kena caranya... Yummmieeeee

Masakan ikan siakap yang teragung pada pusingan penyingkiran hari ini ialah milik Zamir.. Ikan siakap yang dikukus telah menjadi hidangan yang paling baik. Namun sebaliknya untuk hidangan ikan siakap Ary Malik yang bertulang itu.

Komen sikit pasal masakan Ary Malik.. Terselitnya tulang pada hidangan ikan siakap yang dihidangkan. Ary Malik menyatakan bahawa dirinya bimbang untuk menarik keluar tulang tersebut kerana takut akan menjejaskan ikan siakap yang disediakan itu. Namun, hidangan yang sewajarnya disediakan pada kali ini adalah sepatutnya tanpa TULANG. huuuuuuu .... kalian dengar sahaja komen Michel Ang tadi.. :-p 

** s E  k i A n **

Tuesday, December 17, 2013

Micheal Ang Selamatkan Diri & Drama Air Mata Lagi!

Karl TERBAIK - kredit FB
Fuhhhh episod penyingkiran kali ni penuh dengan air mata. Para peserta diselubungi rasa sedih yang mendalam. Semestinya kita yang tidak berada dalam situasi mereka, maka kita tidak tahu apa yang mereka rasa. Seorang demi seorang peserta (khususnya peserta wanita) telah menitis air mata... 

Azlina merupakan peserta pertama yang mengalir air mata apabila Micheal Ang tidak memilihnya untuk diselamatkan pada espisod penyingkiran. Juadah yang disediakan oleh Azlina pada episod sebelumnya merupakan salah satu hidangan yang terbaik dan memberi markah kepada kumpulan. Malangnya, Azlina kelihatan kecewa kerana dirinya tidak diselamatkan. Malahan, Micheal Ang mencalonkan dirinya sendiri untuk diselamatkan daripada pusingan penyingkiran! Waaaa Micheal Ang ada strategi tuuu.... Dah lah buat muka tak bersalah dan "peace" masa mengumumkan dirinya sendiri. 

Walau bagaimanapun, penyingkiran Ah Hong pada minggu ini merupakan satu keputusan yang amat sukar dibuat. Para peserta dalam penyingkiran pada kali ini sememangnya hebat-hebat. Nasib tidak menyebelahi Ah Hong yang telah mengheret Ah Hong tersingkir.

Pandangan leeza secara peribadi episod kali ini : 
  1. Micheal Ang pasti memikirkan masa depannya juga. Setiap peserta yang menyertai MasterChef Malaysia All Stars mempunyai matlamat yang sama. Jadi strategi Micheal Ang memang tepat cuma dinilai dari aspek hati.. hoooooo jawab sendiri lah yerk..
  2. Atas sebab apa Azlina begitu sedih? Leeza kurang pasti.. Mungkin Azlina kecewa dengan keputusan Micheal Ang... mungkin??
  3. Leeza sungguh kagum dengan Karl kerana dapat hasilkan keropok lekor dengan micorwave... Serius kreatif dan awesome.... TeRbAek......! 
  4. Hari ni episod penuh kesedihan dan air mata juga. Namun air mata yang mengalir ada pelbagai makna... Setiap orang mempunyai sebab tertentu apabila mengalir air mata. Gembira pun boleh nangis apa... kan kan kan??

*** s E k i A n ***


Monday, December 16, 2013

Tiada Lagi Jeritan Dalam MasterChef Malaysia All Stars

Tiada Lagi Jeritan Dalam MasterChef Malaysia All Stars

Siapa yang tengok MasterChef Malaysia All Stars tadi? Siapa? Siapa? Rasanya siapa yang menonton MasterChef Malaysia All Stars pasti sudah tahu apa yang dibicara oleh para peserta. 

Rata-rata peserta MasterChef Malaysia All Stars pada episod kali ni menyatakan keadaan menjadi lebih aman. Suasana negatif sudah tiada lagi. Pekik-pekik terlolong-lolong juga sudah tiada.. Juga tiada lagi jeritan dalam MasterChef Malaysia All Stars.

Peserta MasterChef Malaysia All Stars juga menyatakan seperti terasa kehilangan sambil memberi senyuman bermakna kepada kamera. Drama juga berkurangan dan dapur MasterChef Malaysia All Stars menjadi benar-benar seperti dapur MasterChef.

Demikian sahaja dapat leeza coretkan... Jumpa esok... Pendek jer leeza menulis malam ni, sebab esok ada kelas tambahan ......

** S e K  i  A  n **

Sunday, December 15, 2013

Azwan Ali Hanya Diam Dengar Penyingkiran

Azwan Ali Hanya Diam Dengar Penyingkiran  - Kredit FB

MasterChef Malaysia All Stars yang berlangsung selama 2 jam malam ni amat menarik sekali. Leeza pun berkampung depan TV selama 2 jam. Sampai terlepas nak tengok perlawanan Hoki Malaysia vs Belanda. 

Soo Winci yang telah memenangi cabaran kotak misteri dan diberi peluang untuk tidak memasak, telah memilih jalan sukar apabila Soo Winci tetap mahu memasak dalam ujian cipta rasa. Persembahan cemerlang Soo Winci dalam kotak misteri tidak berterusan apabila dalam ujian cipta rasa, Soo Winci merupakan antara yang perlu melalui sesi penyingkiran. 

Oklah, leeza nak fokus semula dengan sesi penyingkiran. Hidangan yang perlu disediakan nampaknya tidak menyebelahi Azwan Ali. Hidangan yang perlu dihasilkan bukanlah sebuah hidangan yang dikuasai oleh Azwan Ali. Kelihatan Azwan Ali banyak meminta tunjuk ajar rakan-rakan dan ada ketikanya hanya mendiam diri dan berusaha untuk menghasilkan hidangan yang terbaik.

Usaha yang berterusan nampaknya telah dipintas oleh Brian. Tatkala hanya Brian dan Azwan Ali yang telah menghidangkan hidangan yang kurang baik, nama Azwan Ali telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Reaksi Azwan Ali hanya membisu dan menerima dengan hati terbuka. Tiada bicara yang panjang dan lebar daripada Azwan Ali

Manakala, perasaan bersalah menyelubungi Brian dan Soo Winci pula terasa kehilangan. Soo Winci menyatakan bahawa dia sangat rapat dengan Azwan Ali dan suka bergambar dengan style rambut Azwan Ali yang pelbagai itu. 

Walau apapun yang berlaku, sudah menjadi lumrah bahawa MasterChef Malaysia All Stars pasti akan berkurangan ahlinya dari minggu ke minggu. Kita juga tidak sabar menanti milik siapakah JUARA MASTERCHED MALAYSIA ALL STARS .... 

** S e K i A n **


Friday, December 13, 2013

Hari Keusahawanan Sekolah

Dah berbulan-bulan berlalunya Hari Keusahawanan Sekolah (SJKC Tsun Jin). Tapi sekarang baru leeza berkesempatan untuk menulis tentang sambutan tersebut. 
BERDISIPLIN : Macam tak percaya jer!
Masa perhimpunan dan waktu berkumpul, bukan payah suruh budak-budak ni beratur. Tapi sekarang !! Hooo maiiiii

Hari Keusahawanan Sekolah  Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin berbeza dengan Hari Keusahawanan yang pernah leeza lalui sebelum ini di Sekolah Kebangsaan. Perbezaan yang paling ketara ialah makanan yang dijual sudah pastinya kami (guru melayu + murid melayu) tidak dapat menikmatinya. Walau bagaimanapun, masih ada sebilangan gerai yang menjual makanan HALAL dan dilabel secara besar-besaran bahawa makanan yang dijual adalah HALAL.
 
Permainan Baling Bola Masuk Bakul
Memancing Tuah Adik-adik ini
 Habis basah sekeliling lantai di sini... Boleh tahan licin ....

         Satu lagi yang leeza lihat ialah ketika Hari Keusahawanan Sekolah, kantin di sekolah leeza tidak dibuka. Maka, guru-guru dan murid-murid perlu membeli makanan yang dijual oleh murid-murid Tahun 6. Kelemahannya hanya 1, pada jam 10 lebih, makanan yang dijual bertambah kurang dan murid Tahun 5 yang hanya dibenarkan turun pada jam 10 lebih itu tidak dapat menikmati jualan yang diadakan dengan baik. 

      Tambahan dengan guru-guru yang turut membeli di gerai jualan Hari Keusahawanan Sekolah ini... Leeza  kurang pasti sama ada makanan yang dijual mencukupi atau sebaliknya ..  Apa-apaun, kelemahan boleh dibaiki dan dibuat penambahbaikkan... Manakala yang positif kita terus amalkan... Itu sahaja...

HALAL HERE
 Masa ni sempat juga leeza beli 3 pack untuk murid melayu tahun 3 leeza. Budak-budak kalau dah main.. lupa nak makan.. so leeza belikan lah siap-siap sebelum habis. Sebab nasi lemak yang dijual pun dah habis.... haaaaaa


Hari Keusahawanan

Agak Lenggang di sini
Demikianlah Hari Keusahawanan Sekolah leeza iaitu di SJKC Tsun Jin bagi tahun 2013.... 


TITIK SANTAI :: :: ::  
Masa berlalu dengan pantasnya, adakah kita dapat mengejar masa atau sebaliknya yang terjadi??
 

Thursday, December 12, 2013

Tonton Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri

Tonton Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri (kredit here)


Semalam leeza cuba juga mencari sedikit ruang untuk menonton wayang. Disebabkan Lisa Surihani lah, leeza gagahkan juga menonton filem Ular ni. Tambahan, rekemen daripada Tengku Syukri seolah-olah filem Ular lakonan Lisa Surihani dan Yusri ni berbaloi ditonton... 

Bertempat di Cheras Selatan, jam 8.30 malam, leeza masuk panggung untuk layan iklan filem yang ada. 5 hingga 8 minit kemudian, filem pun mula. Malangnya kisah lain yang keluar. Para penonton dah pandang kiri kanan dan bersoal antara satu sama lain. Sebabnya cerita cina yang sedang dimainkan. Masing-masing ingat mereka salah masuk panggung, termasuklah leeza. Haaaaaa Tak lama kemudian, filem dimatikan dan terus ditukar kepada filem Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri.

Baiklan, berbalik kepada pandangan peribadi leeza tentang Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri ini, leeza berasa permulaan filem Ular ni sedikit membosankan. Itu pendapat leeza lah, sebabnya hanya satu kerana terlalu fokus kepada adegan-adegan yang 18 SX diiringi dengan "ubat kuat" serta bunyi-bunyian seumpamanya. Rasanya kalian faham maksud leeza... :-p

Selain itu, Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri juga menampilkan jalan cerita yang kurang kuat. Alangkah baik sekiranya pemilik resort tersebut ditelan ular itu sendiri. 

Walaubagaimanapun, filem Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri juga mempunyai kekuatan tersendiri. Antaranya termasuklah adegan Izzue Islam dan isterinya (dalam filem ular) yang terkorban dimakan ular. Adegan tersebut menampilkan pengorbanan yang cukup mendalam.

Tambahan lagi, setiap aksi ular memakan dan melilit mangsanya dihasilkan dengan baiknya. Perkara ini merupakan kekuatan yang paling terserlah sekali. Leeza kagum dengan hasil seni ini. Terbaiklah Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri... 

Demikian sahaja kata-kata leeza.. Moga filem tempatan dapat dimajukan lagi... Teruskan usaha dan moga terus sukses.....

Dua minggu yang dipaksa dan terpaksa berkampung di sekolah.... Haaaaaaa


*****

Tuesday, December 10, 2013

Drama Air Mata MasterChef Malaysia All Stars

Dari FB Master Chef Malaysia

Siapa siapa yang menonton MasterChef Malaysia All Stars tadi? Siapa.... Fuuhhh pasti kalian dapat lihat drama air mata yang berlaku kan.... 10 minit akhir ketika untuk mengumumkan peserta yang bakal tersingkir merupakan slot yang penuh drama air mata dan debaran.... 

Masakan Raja Azmi dan Azwan Ali dalam MasterChef Malaysia All Stars merupakan masakan yang kurang mendapat perhatian juri. Sepanjang sesi penyingkiran, Raja Azmi telah membantu Azwan Ali. Kita dapat lihat pengorbanan itu. Namun, ketika juri seperti menyatakan Raja Azmi yang bakal tersingkir. Reaksi Raja Azmi sedikit berbeza daripada tindakannya... Di mana, Raja Azmi meminta Azwan Ali menarik diri  kerana Azwan Ali kurang sihat dan mungkin tidak dapat perform terbaik pada episod akan datang... Hooooooo

Nampak juga riak kecewa di muka Azwan Ali dalam MasterChef Malaysia All Stars pada hari ini.  ayat Azwan Ali "mungkin tak semua orang boleh buat apa yang Raja Azmi buat." Ada 2 makna yang boleh kita tafsir di situ... Hoooo fikir sendiri lah yer...

Episod MasterChef Malaysia All Stars pada hari ni cukup drama bagi leeza... Bukan sahaja drama air mata malahan drama tindakan serta perlakuan.. Episod MasterChef Malaysia All Stars minggu ni penuh dramatik.. Akhirnya, TIADA SIAPA TERSINGKIR... sungguh mengejutkan Raja Azmi dan Azwan Ali....

Apa-apapun, MasterChef Malaysia All Stars banyak membantu leeza dalam dunia masakan. Angan-angan pun tinggi supaya hebat dalam memasak... ceh ceh ceh .....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Jommmmm masak ....

Kempen "Smelly to Smiley" Ambi Pur

Kempen "Smelly to Smiley" Ambi Pur
Kempen "Smelly to Smiley" telah berlangsung di Berjaya Times Square. Kempen "Smelly to Smiley" berlangsung di LG Concourse Berjaya Time Square pada 1hb hingga 3hb Disember 2013.  Masa berlangsungnya kempen ini ialah dari 10 pagi hingga 10 malam.


Kempen "Smelly to Smiley" turut melibatkan beberapa orang selebriti  tempatan iaitu Hani, Hafiz, Ray dan Haniff. Kehadiran barisan selebriti pada 3hb Disember telah memeriah dan menghangatkan lagi suasana di Berjaya Times Square.

Walaupun pelancaran Kempen "Smelly to Smiley" diadakan dalam jangka waktu yang singkat, namun sungguh meriah sekali. Majlis dimulakan dengan pengenalan berkaitan Kempen "Smelly to Smiley". Diikuti ucapan Goh Seng Jone (P&G Communications Manager), seterusnya Video YoutubePotongStim” oleh Hanis dan Hafiz Hatim.

Hani, Hafiz, Ray dan Haniff
 Berikutnya, eksperimen tentang  "Smelly to Smiley". Diikuti Sesi fotografi dan Video Ambi Pur Car. Eksperimen "Smelly to Smiley" telah dijalankan dalam sebuah bilik yang berkonsepkan ruang tamu. Di situ terdapat makanan ringan. Para penguji perlu menyatakan keadaan di bilik tersebut. Demikianlah eksperimen yang dijalankan.
 
Eksperimen Room - Ambi Pur
Tiada manusia di atas muka bumi ini yang suka akan bau yang kurang enak. Pasti semua orang suka bau yang menenangkan dan sedap dihidu!! Pandangan peribadi leeza, jenama Ambi Pur sememangnya merupakan salah sebuah produk yang tahan lama dan lasak.

Sebelum hadir ke pelancaran Kempen "Smelly to Smiley" , leeza sudah pun menggunakan produk ini. Khususnya produk Ambi Pur Car Starter, Ambi Pur Gel Fresh dan Febreze. Ketiga-tiga produk ini sememangnya leeza guna pakai dalam kehidupan harian leeza.

Sekian saja coretan mak kiah yer... haaaa tetiba tukar mak kiah... Apa-apapun marilah kita sokong Kempen "Smelly to Smiley". Siapa tidak suka bau wangi! :-p


TITIK SANTAI :: :: ::  
Ambi Pur antara pilihan yang terbaik. . . .

Saturday, December 7, 2013

ESCAPE Bawa Anda Tonton Lawak Ke Der 3


ESCAPE Bawa Anda Tonton Lawak Ke Der 3
Rasanya ramai yang sedia maklum dengan pementasan Lawak Ke Der 3 di Panggung Sari, Istana Budaya. Pementasan bermula pada 4 hingga 8 Disember 2013. Tuah manusia siapa yang tahu kan, begitulah leeza umpamakan diri leeza yang bertuah kerana mendapat peluang untuk menonton Lawak Ke Der 3 yang dibawa oleh ESCAPE.

Leeza boleh kategorikan sebagai satu kerugian kepada mereka yang tidak sempat menonton Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka.

Rakan kenalan ada juga membuat banding beza tentang Lawak Ke Der ni. Ada yang berkata Lawak Ke Der 2 lagi kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik. Nak tau best ke tak best kenalah tengok sendiri. (tu lah jawapannya) .. 

Leeza nak ucapakanTerima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang kepada Leeza untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3.  Kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat atau tak sempat nak tengok. hmmmmm

Walau bagaimanapun, ada berita baik yang leeza nak kongsi bersama para pembaca khususnya peminat Lawak Ke Der 3. Peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini kalian boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Lama tu! Maka, kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.
 
Lawak Ke Der 3
Bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom. Mari sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!

Caranya mudah. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3

Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE.

Apa itu ESCAPE?
  • ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja
  • Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.

Pilih sahaja yang mana anda mahu. 
  • Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan! 
  • Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta). 
  • Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.
Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua.
  • Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.
  • Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. 
  •  Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.
Kelebihan ESCAPE: 
  • Henti & sambung tayangan 
  •  Pelbagai peranti
  • Bila-bila masa,
  • di mana-mana jua
 Untuk maklumat lanjut, 
layari www.ESCnow.com sekarang.


 *** SMILE ***

Thursday, December 5, 2013

Lawak Ke Der 3 Ada Bisanya


Lawak Ke Der 3
Bertarikh 4 Disember 2013 dan bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, leeza telah diberi peluang untuk menonton pementasan Lawak Ke Der 3. 2 keping tiket diberi kepada setiap blogger oleh escape #escnow. Setinggi-tinggi terima kasih leeza ucapkan.

Tepat jam 8.30 malam, semua penonton dijemput masuk ke Panggung Sari, Istana Budaya untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3. Pembukaan Lawak Ke Der 3 diterajui oleh Nabil. Kalian pasti boleh bayangkan gamatnya suasana ketika itu. Komedi yang tersusun rapi oleh Nabil disekalikan juga dengan nyanyian “merdu”nya, berjaya membuat kami terhibur.

Yang dinanti-nanti oleh leeza ialah persembahan JAMBU. Hoooo mai, selama ni tengok dalam TV, tapi kali ni live tengok persembahan JAMBU dalam Lawak Ke Der 3. Serius rasa teruja tu lain macam lah. Macam nak tabik laju-laju jer. Keseluruhan persembahan JAMBU juga mempunyai bisanya tersendiri. Tidak perlu tutur bicara yang banyak, cukup sekadar aksi dan memek muka yang boleh membuat para penonton tergelak. To JAMBU, U all the best.. modal JAMBU simple tapi meninggalkan impak.

JAMBU-Lawak Ke Der 3
Persembahan Douglas.. Siapakah dia? Leeza pun tertanya, siapa ni siapa ni..? Hooo mai... Antara sedar atau tidak, sebaik sahaja Douglas berdiri atas pentas Lawak Ke Der 3, Douglas tidak memberi ruang untuk leeza bernoktah gelak tawa. I dont have chance to fullstop loughing. Mr Douglas... please please please teruskan dalam arena komedi ni. Tak puas tengok Douglas ... Macam nak tengok lagi! Lawak Douglas malam itu, tahap cemerlang! A+ dan 100%.
 
Douglas - Lawak Ke Der 3
 Akhir sekali persembahan Harith Iskandar.. Siapa tak kenal Harith Iskandar kan. Lama juga beliau berdiri di pentas Lawak Ke Der 3 dan membuat para penonton terhibur. Bertemakan kisah hidupnya dan keluarga, Harith Iskandar masih dapat membuat kami tergelak. Haaaa... Ada ketikanya, memek muka beliau juga buat kami tergelak.

Lawak Ke Der 3 - Barisan Pelawak
Tamatnya pementasan Lawak Ker Der 3, leeza tengok jam dah pukul 11.30 malam. 3 jam leeza bergelak tawa dalam Panggung Sari, Istana Budaya. Ada peluang tercabut rahang, gigi dan londeh pipi macam ni. Haaaa ~

Keseluruhannya, Lawak Ke Der 3 leeza bagi macam ni ......

Sebelum tu, Leeza nak ucapkan ribuan terima kasih kepada escape #escnow kerana menaja tiket kami dan semestinya Bro Framestone yang membuka ruang untuk pemilik blog santai leeza menyaksi Lawak Ke Der 3. Leeza setuju dengan moto Bro Framestone untuk event Lawak Ke Der 3 iaitu “Sayangi Bro Framestone”.. Again, special thanks to escape.. Thx u very much! 
Terima Kasih Escape dan BroFramestone
Kata-kata akhir, kalian nak happy, kalian nak gelak, kalian nak hilang stress? Silalah pergi tengok Lawak Ke Der 3. Satu tahap kalian boleh gelak sehingga menitis air mata! Jom dapatkan tiket Lawak Ke Der 3 >>SINI<< atau >>www.ticket2u.biz<<

Terima kasih semua!!
MARI SERBU LAWAK KE DER 3