Thursday, December 18, 2014

Paya Beach Resort Tioman Sebagai Pilihan


Percutian lalu, leeza silap memilih tempat untuk bercuti. Cuti akhir tahun, leeza buat keputusan untuk bercuti ke Pulau Tioman. Terlepas pandang akan musin tengkujuh, leeza telah membuat tempahan dan belian tiket feri ke Pulau Tioman.

Malangnya, hotel dan tiket feri yang telah dibeli tidak boleh dibatalkan. Maka, leeza pun terjah jer lah ke Pulau Tioman musim tu.

Leeza bertolak dari KL ke Mersing jam 3.00 pagi. Leeza tiba di sana jam 7.30 pagi. Perjalanan di awal pagi, paling mencabar masa melalui kawasan hutan dan jalan berliku sikit.
 
Ketibaan di Jeti Paya Tioman
Leeza menaiki feri jam 9.00 pagi. Perjalanan pagi tu selama 2 jam. Leeza menginap di Paya Beach Resort Tioman. Harga tiket feri ke Pulau Tioman RM70 (dua hala).

Pemandangan Keseluruhan Paya Beach Resort Tioman
Setibanya di Jeti Jeti Paya, leeza disambut baik. Pekerja Paya Beach Resort Tioman juga membantu para pelancong membawa bagasi ke kawasan resort mereka. Leeza sampai saja, leeza terus daftar masuk bilik. *Mungkin disebabkan tidak banyak pengunjung ke sana. (musim tengkujuh)
 
Bahagian Belakang Paya Beach Resort Tioman

Sekitar Paya Beach Tioman

Tambang Feri Teksi ke bahagian pulau yang lain RM35 sehala bagi setiap orang!
TIPS : pandai-pandailah cari orang kampung untuk tawaran harga yang lebih murah.

Boleh merentas hutan atau kawasan persisiran pantai (semasa air surut) selama 30-45 minit untuk ke Kg Tekek. Sebelum sampai Kg Tekek, kalian perlu ada kenderaan menjemput untuk ke  sana. Agak jauh perjalanan. Perlu lalui Berjaya Hotel. Jauh lah juga. Macam leeza hari tu, minta tolong orang kampung, harga murah lah sikit.

Boleh berjalan selama 30-45 minit untuk ke Perkampungan / bahagian pulau yang lain iaitu Genting.
Pemandangan Bukit di Paya Beach Resot Tioman
Di bahagian belakang Paya Beach Resot Tioman juga ada Rock Fall. Kawasan ni perlu hati-hati sebab banyak monyet. Leeza pun tak pergi ke kawasan tu sebab banyak monyet.

Makanan di Pulau Tioman, leeza boleh katakan agak mahal. Biasalah kan. Faham-faham sendiri sahaja lah.


RINGKASAN PENGINAPAN DI Paya Beach Resort Tioman
Harga Resort : Berpatutan (RM130 semalam)
Makanan : Kurang memuaskan (2 / 5 bintang)
Pemandangan : Baik (4.5 / 5 bintang)
Suasana : Baik (4 / 5 bintang)
Layanan : Baik (4 / 5 bintang)
Kawasan & Persekitaran : Memuaskan (3.5 / 5 bintang)


**Sekian terima kasih**

Monday, November 24, 2014

Straits Chinese Jewellery Museum Melaka

Chinese Jewellery Museum Melaka
Masih berkaitan penulisan tentang Melaka. Harap ini bukan penulisan yang terakhir tentang Melaka. Ada masa dan peluang, jom berkunjung ke Melaka lagi.Selepas menghabiskan cuti di Melaka, sebenarnya leeza rasa macam ada beberapa tempat best yang tak pergi lagi. Akan datang, leeza rancang lain lah ke sana lagi. 

Oklah, kali ni leeza nak berkongsi tentang satu tempat yang unik di Melaka iaitu di Straits Chinese Jewellery Museum, Melaka . akan memaparkan koleksi barang kemas dan perhiasan masyarakat Baba Nyonya. Yang menariknya semasa kita melawat Straits Chinese Jewellery Museum, Melaka ialah kita akan dibawa oleh pekerja di situ sepanjang kita melawat muzium tu. Malahan penerangan juga diberikan oleh pekerja tersebut. 

Keistimewaan muzium ini, kita dapat mengetahui masyarakat dan kehidupan Baba Nyonya. Ini memang menarik, cara pekerja itu bercerita kepada kita juga menarik. Terima kasih leeza ucapkan. Kunjungan leeza ke Straits Chinese Jewellery Museum, Melaka telah menambah ilmu pengetahuan leeza tentang masyarakat Baba Nyonya
Chinese Jewellery Museum Melaka
Harga tiket untuk memasuki Straits Chinese Jewellery Museum, Melaka ialah RM15.00 untuk dewasa, kanak-kanak pula RM10.00. Satu tips yang leeza nak beritahu ialah kalian akan dapat memberi tiket dewasa dengan harga RM10.00 di sebuah kedai barangan antik beberapa buah kedai sebelum Straits Chinese Jewellery Museum Melaka.


Straits Chinese Jewellery Museum, Melaka ini dibenarkan untuk merakam gambar. Jadi tidak menjadi masalah kepada mereka yang suka merakam gambar atau video. 

Chinese Jewellery Museum Melaka
Untuk pengetahuan kalian, di Melaka terdapat dua buah muzium Baba Nyonya. Leeza hanya pergi Straits Chinese Jewellery Museum Melaka. Yang lagi satu tu, leeza tak larat dah nak bertapak. Hari tu leeza parking kereta di Menara Taming Sari, kemudian leeza bertapak sekitar bandar Melaka. Malas nak bawa kereta. Jalan sesak macam KL!

Alamat Chinese Jewellery Museum Melaka 
108, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka, Malaysia.
Telefon : 06-281 9763

Perkongsian gambar di Chinese Jewellery Museum Melaka
Chinese Jewellery Museum Melaka
Chinese Jewellery Museum Melaka
Chinese Jewellery Museum Melaka
Chinese Jewellery Museum Melaka
Sekian daripada Santai Leeza "Coperation" .... hihok

Monday, November 17, 2014

Taman Mini Malaysia, Melaka


Taman Mini Malaysia, Melaka
Masih berkongsi tempat menarik di Melaka iaitu Taman Mini Malaysia (Taman Mini Asean), Melaka. Tempat ini leeza sendiri tidak pernah pergi. Leeza suka pergi berkunjung ke kawasan yang ada kebudayaan dan kesenian. 

Di Melaka juga terdapat sebuah kawasan yang dibina khas untuk tema kebudayaan dan kesenian iaitu  Taman Mini Malaysia (Taman Mini Asean), Melaka. Taman Mini Malaysia (Taman Mini Asean), Melaka berhampiran Hotel Seri Malaysia Melaka. Berdekatan situ juga terdapat Seri Warisan Resort.

Waktu Operasi
Isnin - Khamis : 9:00 pagi - 5:30 petang
Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Umum : 9:00 pagi - 6:00 petang

Buat Kuih Tradisinal Sendiri di Taman Mini Malaysia Melaka
Aktiviti di Taman Mini Malaysia (Taman Mini Asean), Melaka : 
  1. Melihat 13 buah rumah tradisional di Malaysia
  2. Tarian Kebudayaan *
  3. Aktiviti  tradisional 
  4. Permainan Tradisional
  5. Kereta Lembu
  6. Makanan Tradisional
*Masa persembahan tarian tradisional di Taman Mini Malaysia (Taman Mini Asean), Melaka :
 Isnin - Khamis (11.00 pagi & 2.00 petang)
 Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti umum (10.00 pagi, 12.00 tengah hari & 4 petang)
Rumah Tradisional di Taman Mini Malaysia, Melaka
Harga Tiket untuk masuk ke Taman Mini Malaysia (Taman Mini Asean), Melaka.
RM16.90 DEWASA .. Kanak-kanak leeza tak ingat.... :-p

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Taman Mini Malaysia (Taman Mini Asean), Melaka sila hubungi 06-2349988 / 89 . Kalian juga boleh emel kepada alamat ini enquiry@minimalaysiaasean.com 

Lebih mudah jika kalian pergi sahaja laman  Taman Mini Malaysia (Taman Mini Asean), Melaka iaitu www.minimalaysiaasean.com

Ini sahaja yang boleh leeza kongsikan.... Sekarang kita lihat gambar yang sempat leeza rakam di Taman Mini Malaysia (Taman Mini Asean), Melaka. 

Taman Mini Malaysia, Melaka

Rumah Perak di Taman Mini Malaysia, Melaka

Lampu Tradisional di Taman Mini Malaysia, Melaka

Bekas Makanan orang dulu-dulu

Ketenangan di Taman Mini Malaysia, Melaka

Menganyam di Taman Mini Malaysia, Melaka

Sudut P.Ramlee

Loteng

Pinggan Mangkuk
Rumah Borneo Taman Mini Malaysia, Melaka

**  Sekian  ** 
"Percutian Keluarga"



Tuesday, November 11, 2014

Hi-Tea Menara Kuala Lumpur

Hi-Tea Menara Kuala Lumpur
Salam sejahtera semua. Kali ni leeza nak berkongsi pengalaman leeza minum petang, lepak-lepak, Hi-Tea di Menara Kuala Lumpur. Leeza beli tiket untuk menikmati minum petang di Menara Berputar Kuala Lumpur dengan harga yang agak rendah. Leeza beli di groupon. Heeeee~

Masa untuk Hi-Tea di Menara Kuala Lumpur bermula pada jam 3.30 petang sehingga 5.30 petang. Leeza tiba awal sebab tiket yang leeza beli ni termasuk tiket untuk "Blue Coral Aquarium" yang terdapat di Menara Kuala Lumpur.

Minum Petang Menara Kuala Lumpur
Kalau boleh pengunjung diminta tiba awal untuk mengelakkan kesesakan untuk menaiki ke tingkat atas Menara Kuala Lumpur. Tapi janganlah awal sangat sebab tak ada apa-apa aktiviti yang boleh dibuat pun di situ. 

Kedudukan Meja telah disediakan oleh pihak Menara Kuala Lumpur. Jadi kita tidak akan diberi pilihan. Yang pasti , kalian mesti INGAT nombor meja kalian. Kalau tak, nanti berpusing-pusinglah dalam Menara Kuala Lumpur tu.

Pemandangan dari Menara Kuala Lumpur
Tempat letak kereta di Menara Kuala Lumpur pula pendapat leeza agak terhad. Kalau kalian parking di kawasan atas tu, memang agak terhad tempat letak keretanya.

From KL Tower
Makanan Hi-Tea yang disediakan pihak Menara Kuala Lumpur hanya pada kadar sederhana. Pendapat leeza pengunjung membayar harga tiket untuk menikmati panorama sekitar Kuala Lumpur. Aspek makanan hanya sederhana sahaja. Barangkali ini hanya Hi-Tea atau minum petang. Tak sempat nak merakam gambar sebab agak ramai orang sedang mengambil makanan.

Selepas makan, leeza singgah di tingkat bawah untuk menikmati panorama sekitar Kuala Lumpur. Tercari-cari kedudukan rumah dan sekolah leeza. cewahhh..... Seronoknya.. Ringkasnya, apabila kita membeli tiket untuk buffet Hi-Tea di Menara Kuala Lumpur, secara tidak langsung, kita akan memperoleh tiket untuk ke aras melihat panorama Kuala Lumpur menggunakan teropong yangd disediakan.

Blue Carol Aquarium
Blue Coral Aquarium yang terdapat di Menara Kuala Lumpur agak menarik. Bagi mereka yang gemar akan kehidupan di laut boleh lah berkunjung ke sana. Leeza cuma boleh nasihatkan jangan mengharap terlalu tinggi. Sebab konsepnya aquarium dan ruangnya juga tidak lah besar. Mereka yang minat akan menghabiskan masa selama 30-45 minit. Yang kurang gemar dengan kehidupan laut, pasti akan mengambil masa hanya 10-15 minit sahaja untuk menamatkan perjalanan dalam Blue Coral Aquarium di Menara Kuala Lumpur.

Fish at Blue Coral Aquarium Menara Kuala Lumpur

Fist at KL Tower

Sekian......

Sunday, November 2, 2014

Menara Tamingsari Melaka

Menara Tamingsari Melaka

Tidak akan leeza lepaskan peluang menaiki Menara Tamingsari Melaka. Teringin nak melihat pemandangan Bandaraya Bersejarah, Melaka. Indah dan seronok sekali. Leeza kongsikan 4 keping gambar yang dirakam semasa berada di Menara Tamingsari Melaka.
Menara Tamingsari Melaka

Pemandangan Menara Tamingsari Melaka

Muzium Samudera

Melaka River

Tips untuk menjimatkan masa menaiki Menara Tamingsari Melaka.
  1. Pergi awal pagi untuk mengelakkan beratur panjang. Itu sahaja. Heeeee 


Dipetik daripada bahan edaran Menara Tamingsari Melaka :
Keindahan panorama indah dari ketinggian 80 meterSaksikanlah panorama indah dan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter, Menara Taming Sari. Anda pastinya akan teruja melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan, Sg Melaka, Pulau Besar dan Selat Melaka. Di samping itu, anda berpeluang melihat kepesatan pembangunan di Negeri Melaka, Bandaraya Warisan Dunia. Pastinya pengalaman anda ke melaka akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

Info tentang Menara Tamingsari Melaka
Nama : Menara Taming Sari (360 degree viewing tower)
Tinggi : 110 meter
Kuantiti Pengunjung : 66 orang
Diperbuat / Teknologi : Switzerland
Anggaran masa : 7 minit
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 11.00 malam
Harga Tiket:
Dewasa: RM 20.00
Kanak-kanak : RM 10.00
Untuk Pertanyaan Sila Hubungi:
MELAKA TAMING SARI BERHAD
Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000, Melaka
Tel : 06 288 1100 / 06 281 3366
Fax : 06 288 1551

Info di atas dipetik daripada edaran di kaunter Menara Tamingsari Melaka. Harap maklum.

Tempat Yang Menarik di Bandaraya Melaka (Sila Berkunjung)
  1. Melaka River Cruise

Monday, October 27, 2014

Peta Titi Bendera Malaysia

Peta Titi kali ini diketengahkan dalam artikel kali ini. Bukan mudah seseorang guru ingin menyampaikan ilmu baharu kepada murid. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini, murid bukannya boleh duduk diam semasa guru menerangkan sesuatu. 

Kali ni leeza cuba untuk mengajar murid-murid tentang Peta Titi kepada murid-murid. Kumpulan sasaran leeza ialah murid Tahun 3. Mula dengan tajuk yang serba ringkas dan menggabungkan dengan sedikit pengajaran seni visual. Moga dapat menimbulkan minat serta kegigihan murid untuk membina Peta Titi ini.

Tajuk yang leeza pilih ialah Bendera Malaysia. Mudah dan ringkas. Kebetulan leeza mengajar pada bulan Ogos lalu, maka leeza ketengahkan tajuk ini. 

Mari lihat contoh Peta Titi Bendera Malaysia. Terdapat beberapa Peta Titi yang silap. Namun, ini adalah hasil pertama anak murid kelas Tahun 3 ini.

Peta Titi Jalur Gemilang
Peta Titi Jalur Gemilang 2
Peta Titi Bendera Malaysia
Peta Titi Jalur Gemilang

Peta Titi Jalur Gemilang

Sekian daripada Santai Leeza. Inilah hasil Peta Titi murid Tahun 3 leeza.

Tuesday, October 14, 2014

Melaka River Cruise

Menaiki Melaka River Cruise merupakan pengalaman yang indah. Tidak leeza nafikan bahawa menaiki Melaka River Cruise sangat seronok dan leeza cadangkan agar kalian menaiki Melaka River Cruise  sebelum berkunjung ke tempat lain di Melaka. 

Melaka River Cruise
Sebab perlu menaiki Melaka River Cruise terlebih dahulu, leeza jawab dengan ringkas dan padat. Semasa menaiki Melaka River Cruise penumpang diberi penerangan tentang kawasan sekeliling sungai yang dilalui itu. Penerangan yang diberikan itu membantu pengunjung menetapkan arah tujuan yang hendak dilawati di Melaka.

Masa yang paling sesuai menaiki Melaka River Cruise ialah pada waktu malam. Sebabnya, cuaca lebih sejuk, pemandangan malam lebih indah dan romantik.

Masa beli tiket Melaka River Cruise yang sesuai. Leeza tulis kali ni berdasarkan cerita seorang pak cik ni lah. Dia kata beli tiket Melaka River Cruise pada waktu siang dan menaikinya pada waktu malam. Kalau kita beli malam, kebarangkalian kita perlu beratur panjang. Bergantung pada masa kita berkunjung ke Melaka. 

Tempat duduk Melaka River Cruise , kalau kalian suka merasai air laut, silalah duduk depan sekali. Kebarangkalian muka kalian yang comel itu basah agak tinggi. Kalau tak nak, bolehlah duduk belakang sikit. 

Itu sahaja tips yang leeaz boleh kongsikan untuk menaiki Melaka River Cruise. Mari cuci mata dengan pemandangan semasa di Melaka River Cruise yang sempat dirakamkan.


Rating :  
4.5 / 5 bintang .... (Saya suka, saya suka "gaya Mei Ling dalam Upin Ipin cakap)

Tuesday, October 7, 2014

Avillion Legacy Melaka Sebagai Pilihan

Avillion Legacy Melaka Sebagai Pilihan

Avillion Legacy Melaka Sebagai Pilihan
Cuti lepas leeza berkunjung ke Bandaraya Bersejarah, Melaka. Rasanya dah bertahun lamanya tidak berkunjung ke Melaka. Kali terakhir masa zaman sekolah. Perasaan teruja itu ada jugalah. Entri berkaitan Melaka ini akan bersambung dari satu bahagian ke satu bahagian.

Leeza akan mula dengan penginapan terlebih dahulu. Hotel Avillion Legacy Melaka menjadi pilihan leeza. Hal ini sebenarnya dipengaruhi oleh pengalaman leeza yang menginap di Avillion Port Dickson. Sungguh memuaskan hati dan disebabkan pengalaman itu, leeza mengambil keputusan untuk menginap di Avillion Legacy Melaka.

Carian Google 
Ruang bilik yang luas dan selesa. Konsep Hotel Avillion Legacy Melaka tidak moden tapi menampilkan nilai estetika tersendiri.

Sarapan yang disediakan baik dan ruang makan yang selesa daripada pihak Hotel Avillion Legacy Melaka. Sangat berpuas hati.

Tempat letak kereta Hotel Avillion Legacy Melaka di ruangan atas. Lif ke tempat kereta hanya boleh menggunakan lif dari lobby atau tingkat 6. Tiada lif dari tingkat bilik ke tempat letak kereta.

Harga Penginapan Hotel Avillion Legacy Melaka RM178++ (selepas mendapat diskaun 10%) ... namun ada 3 bayaran yang lain .. RM2 , RM10.++ ,  rm17.++  untuk sehari... Boleh tahan juga lah harganya... errrrrr 


Keseluruhannya, leeza berpuas hati menginap di Hotel Avillion Legacy Melaka dan leeza memberi 3.5 / 5 bintang.

Kelemahan yang perlu dibaiki di Avillion Legacy Melaka :
1.   Layanan daripada pihak Avillion Legacy Melaka semasa Check-in dan Check-out. Sedikit penambahbaikkan perlu dilakukan dari aspek ketepatan masa.

2.    Siaran televisyen yang terdapat di Avillion Legacy Melaka kurang memuaskan – tidak jelas. 

Sekian daripada Santai Leeza.com


Monday, September 22, 2014

Minum Petang L'espresso by The Loaf

Kebosanan di rumah, mengadap kerja-kerja yang tidak pernah selesai. Leeza membawa diri ke L'espresso di Cheras Centre. Kali saja jalan-jalan dan bersantai di petang hari di L'espresso.  Sebenarnya leeza tak tahu pun ada sangkut paut dengan The Loaf. 

Masa tengah menikmati secawan coklat yang enak tu, ternampak lambang The Loaf pada tisu yang diberi oleh pekerja. Masih tidak wujud perasaan ragu-ragu. Leeza mula tertanya dan explore tentang L'espresso, bila leeza makan rotinya. Rasanya sedap sekali, macam pernah makan. Baru leeza perasan.. Ok fine.. 

So lepas ni memang nk lepak lah kat L'espresso... Tapi pastikan poket tebal ler...haaaaaa Nikmat sungguh minum air coklatnay itu. Rotinya lagi enak.. Aduhai.. nikmat sungguh....
Minum Petang L'espresso by The Loaf

Santai di L'espresso
Roti yang santai di L'espresso
Sekian daripada santai leeza..... Mehhh Minum Petang L'espresso by The Loaf ...


Thursday, August 28, 2014

Teknik 7S Hasilkan Karangan Hari Guru

Berjumpa lagi dengan entri Teknik 7S. Masih berbekalkan tema utama iaitu Teknik 7S, kali ini leeza ketengahkan Teknik 7S dalam menghasilkan karangan sambutan Hari Guru. Serba ringkas seperti Hari Sukan juga, leeza hanya mengubah suai mengikut tajuk yang diperlukan dan asasnya masih menggunakan Teknik 7S.

Moga Teknik 7S dapat membantu anak-anak murid kita menjawab peperiksaan dengan baik seterusnya menghasilkan sebuah karangan yang menepati tajuk. Walaupun isinya tidak luas, tidak sempurna, sekurang-kurangnya Teknik 7S ini dapat memberi gambaran dan tapak kepada murid menghasilkan karangan. 
Insha Allah....

Teknik 7s
Hari Guru
Setiap
Setiap sekolah pasti mengadakan sambutan Hari Guru. Tujuan sambutan Hari Guru diadakan adalah untuk menghargai jasa guru-guru.
Sabtu
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru.
Sebelum
Sehari sebelum sambutan Hari Guru, guru-guru dan murid-murid sibuk membuat persiapan di dewan.
Semasa
Hari yang ditunggu telah tiba. Murid-murid berkumpul di dewan. Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing.
Guru Besar memberi ucapan dan merasmikan sambutan Hari Guru.
Suasana
Seterusnya, kami menyaksikan persembahan murid-murid seperti lakonan dan nyanyian. Kemudian, ketua kelas menyampaikan hadiah kepada guru-guru. Suasana pada hari itu sungguh meriah.
Selepas
Selepas itu, murid-murid beratur masuk ke kelas masing-masing. Murid-murid dan guru menikmati makanan yang dibawa seperti, ayam goreng dan nasi lemak.
(berbual-bual)
Sangat
Murid-murid dan guru-guru sangat gembira. Sebelum bersurai, kami membersihkan kelas.

Demikianlah caranya.. Selanjutnya kita bertemu dengan sambutan Hari Kanak-kanak dan Hari Kantin. Aplikasikan Teknik 7S, moga dapat memudahkan kalian....