Sunday, January 5, 2014

Karya Seni Muridku Tersiar Dalam Dewan Pelajar

Karya Seni Muridku Tersiar Dalam Dewan Pelajar
 Karya Seni Muridku Tersiar Dalam Dewan Pelajar. Begitulah tajuk entri leeza. Tahun lepas leeza ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Seni Visual / Dunia Seni Visual (bagi tahap 1). Pokoknya tiada apa-apa beza, hanya pada namanya. Hakikat leeza kena mengajar seni atau bahasa lebih mudah melukis. Buntu juga sebenarnya, sebab leeza bukannya ada kemahiran seni melukis punnn...


Atas dasar tanggungjawab (ayat skema)... leeza cuba lah mengajar berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang diberi. Dalam mengajar itu, timbul satu idea untuk menghantar karya seni murid kepada Majalah Dewan Pelajar. Memandangkan karya yang berjaya dipilih oleh pihak Dewan Pelajar akan diberi ganjaran. Lagipun karya seni murid-murid leeza ni boleh tahan cantik. Kalah cikgunya!
 
Ganjaran daripada Dewan pelajar!
Maka, leeza pun memberi galakan kepada murid untuk menyertainya. Hanya yang terbaik yang akan leeza hantar kepada Dewan Pelajar. Sambutan agak menggalakkan namun penyertaan yang boleh leeza hantar adalah terhad. Sebulan hanya senaskah majalah Dewan Pelajar jer leeza beli. Jadi sebuah karya jer leeza boleh kirimkan setiap bulan.


Agak lama menanti, akhirnya Disember 2013 , karya seni salah seorang murid leeza berjaya tersiar dalam Dewan Pelajar. Bertemakan Bangsa Membaca Bangsa Berjaya, karya seni Tan Shirley berjaya dipilih. Leeza nak ucapkan TAHNIAH kepada adik Tan Shirley kerana berjaya memperolehi tempat dalam majalah Dewan Pelajar. Paling membanggakan nama SJKC Tsun Jin tertera di situ. Kejayaan dalam diamku tahun lepas. Yahoooo.......

Tahun ni.. leeza hanya ajar sebuah kelas seni. Leeza cubalah untuk cari bakat murid kelas itu pula. Moga-moga adalah yang mampu menghasilkan sebuah lukisan yang bermakna. 



Lihat Karya Seni Muridku Ini..... 
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

  s  E  K  i  a  N 


7 comments:

  1. cantiknya..pndai ank murid lukis..chayok cikgu!

    ReplyDelete
  2. bribu-ribu tania. ni boleh jadi motivasi utk cikgunya juga nih. tahun ni mesti lagi banyak kejayaan.

    ReplyDelete
  3. kalo ada nama cikgunye lagi best kann.,ehheeE

    ReplyDelete
  4. tahniah cikgu dan anak muridnya. hehe

    ReplyDelete
  5. cantik lukisan dia.tahniah Tan Shirley dan jugak Cikgu Leeza sebab bagi galakan join :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.