Monday, January 27, 2014

Peningnya Cikgu

Minggu ni kemahiran berfikir yang digunakan oleh leeza seriusly tahap maxima. Adoi selak-selak buku teks Tahun 3 Bahasa Malaysia SJKC, pening juga leeza. Leeza sampai pengajaran tajuk Keluargaku Sarawak, jadi kandungannya lebih bertumpukan kepada kehidupan orang Sarawak

Salah satu tajuk yang buat leeza pening ialah buah-buahan di Sarawak. Aduhai garu kepala leeza nak ajar. Membayangkan soalan yang bakal disoal oleh murid-murid, boleh jadi kelu lidah nak menjawab nanti. Pengetahuan tentang kehidupan dan makanan di Sarawak agak kurang, maka merangkak-rangkak juga lah nak cari pengetahuan di Internet ...... 

Jommm lihat apa yang buat leeza begitu pening nak ajar. Tambahan dengan murid yang begitu aktif bertanya dan memberi respon.

Buah Dabai Buah Engkalak


Maklumat daripada Buku Teks halaman 13 tentang Buah Dabai dan Buah Engkalak

Buah yang yang terkenal di Sarawak. Buah Engkalak Muda berwarna hijau dan bertukar menjadi merah apabila masak. Buah ini berbuah 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan Disember.

Buah-buahan ini perlu direndam di dalam air suam lebih kurang 5 hingga 10 minit. Kemudian, bubuh sedikit garam supaya rasanya lebih enak apabila dimakan. Isinya lembut dan rasanya lemak sekali.
Demikian maklumat yang leeza dapat daripada buku teks halaman 13. Kalau boleh nak buat penambahbaikkan berkaitan maklumat buah dabai dan buah engkalak.

s e k i a n

9 comments:

  1. Biji buah dabai ada isi di dalamnya :) Kena belah 2 pastu korek. Rasanya pun boleh tahan. Hehe. Dont worry, maklumat memang sahih bcos Im Sarawakian and Im a fan of both fruits :P Dabai pun boleh dimakan dengan gula + kicap. Takmau kicap manis sebab bila ditambah gula, rasanya lain. Kena kicap masin + gula. Itu mmg uummmpphh gituu :) Bg Vee, itu cara terbaik utk makan dabai. Utk engkalak, memang guna garam je sedap but I like to eat it without any "perasa tambahan". Hehe. Hope this helps! :)

    ReplyDelete
  2. nampaknya kene buat lawatan ke sarawak nih...hehehe...

    ReplyDelete
  3. Alamak dua dua pun Nad tak pernah dengar hahaha adeh Goodluck eh cikgu Leeza hihihi kak Leeza :p

    ReplyDelete
  4. Alamak buah apa tu Nad memang tak pernah dengar la kak Leeza T_T Goodluck ehh hihi

    ReplyDelete
  5. Alamak kalau tanya Nad memang taktau lah T_T Dua dua tak pernah dengar pun. Goodluck kak Leeza hihi

    ReplyDelete
  6. Alamak kalau tanya Nad memang taktau la T_T Dua dua buah tak pernah dengar. Goodluck kak Leeza hihi

    ReplyDelete
  7. Susah juga tanggungjawab seorang cikgu..Dua2 buah tu pun azwar tak pernah dengar.. =_=

    ReplyDelete
  8. uihh..nama buah pn first time dgr nih..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.