Monday, February 17, 2014

Kisah Jam 4 Pagi, Lori Punya Kes

Kita sedia maklum krisis air yang melanda beberapa buah tempat di sekitar Cheras. Termasuklah kawasan persekitaran tempat tinggal leeza. Isu air ni dah menjadi satu isu yang hangat dalam kalangan rakan sekerja. 
Kisah Jam 4 Pagi, Lori Punya Kes

KISAH BENAR :
Guru A yang tinggal di Damai Perdana sudah beberapa hari rumahnya tidak mengeluarkan setitik pun air. Suatu pagi kira-kira jam 4 pagi. Guru A terdengar bunyi sebuah lori lalu di hadapan rumahnya. Dia meninjau, yaaa ada sebuah lori. Dengan segera, Guru A mengejutkan seisi rumahnya agar bangun untuk mengambil air. 

Seisi keluarga yang tengah ngantuk ni terpaksalah bangun demi menadah air. Dalam keadaan ngantuk ini, kakak kepada Guru A menjenguk dari tingkap dan kelihatan sebuah lori SAMPAH. Bukanlah seperti yang dimaklumkan oleh Guru A iaitu lori SYABAS. 

Masing-masing berasa amarah kerana tidur mereka terganggu. Guru A hanya mampu meminta maaf di atas kesilapannya. Sungguh dia tidak sangka lori yang dia lihat sebentar tadi ialah lori SAMPAH bukannya lori SYABAS.

p/s : Sesungguhnya, krisis air menyebabkan seseorang keliru dengan Lori Sampah dan Lori Syabas...

Gambar kredit carian google l gambar bukan yang diambil asli

9 comments:

  1. ini mesti kes asyik memikirkan air jer ni...

    ReplyDelete
  2. sunngu krisis juga krisis air ni yerr. hihi

    ReplyDelete
  3. bhaya 2...menjadi2 masalh air ni.sampai bila ntah nak ok

    ReplyDelete
  4. sampai mcm tu skali alahaii..sian Guru A tu dia pn terasa keperitan xde air tu huuuhu

    ReplyDelete
  5. macam oscar oasis....bila dah kehausan kat gurun semua nampak macam air..hehehe...

    ReplyDelete
  6. DiSemenanjung ni kita kekurangan air....tapi di Sabah mereka lebih air hingga banjir....

    ReplyDelete
  7. Krisis air menguji kesabaran kita...sama2 kita berdoa moga2 Allah turunkan hujan rahmat buat kita...

    ReplyDelete
  8. kalau dah berlaku krisis air memang memeningkan semua orang

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.