Monday, February 10, 2014

Murid Sekarang Memang Berani!

Murid Sekarang Memang Berani!
Kali ni nak berkongsi sebuah kisah yang jarang-jarang berlaku di sekolah. Leeza yang mendengar cerita ini pun rasa pelik. Terfikir tahap keberanian murid tersebut amat tinggi... Ini kisahnya....

Guru A baru turun dari kelas dan sebelum tu, Guru A ada meminta murid kelasnya (murid Tahun 5) meletakkan buku di dalam keretanya. Dari jauh Guru A terlihat bayang-bayang kanak-kanak dalam keretanya. Memandangkan Guru A ni pun rabun, dia berasa mungkin dia tersilap lihat. 

Guru A berjalan terus ke arah keretanya untuk mendapat kepastian. Tiba-tiba, Guru A terlihat seorang murid masuk ke dalam keretanya melalui pintu belakang sebelah kanan. Guru A mempercepatkan langkah melihat keretanya dimasuki murid tersebut.

Kemudian, murid tersebut keluar melalui pintu belakang sebelah kiri. Seolah-olah murid itu sedang menyorok di dalam keretanya. Guru A mempercepatkan lagi langkahnya... Sampai di kereta... Kelihatan pula seorang lagi murid sedang memandu keretanya, memusing-musing stereng kereta dengan penuh gaya. 

Apa lagi... murid tu pun kenalah marah dengan Guru A... Murid-murid yang memberanikan diri bermain di kereta guru itu ialah murid Tahun 1 dan perempuan... Fuhhhhh ....... Budak-budak kot tak tahu nak beza benda yang boleh dimain dan tidak.... errrrrrrrrr

Masa dengar kisah ni, leeza cakap, maybe murid tu teruja nak bawa kereta vios kot... haaaaaaa....... Sejak peristiwa tu, leeza pun selalu juga tinjau-tinjau kereta leeza... kot-kot menjadi mangsa... haaaaa...... 

Murid sekarang mana sama dengan murid dahulu!!!
Nak salahkan guru 100% pun tak boleh. Kawasan tempat letak kereta guru sememangnya tempat yang tidak seharusnya seorang murid berada ketika masa rehat.
Anak murid kreatif bebenor..... 

11 comments:

  1. Replies
    1. actually cikgu tu ada minta murid letak barang, kmudian guru tu mmg nk ke kereta.. jangka masa yg singkat itu terjadi begini.

      Delete
  2. serupa ngan kereta mak dia kot..hii

    ReplyDelete
  3. Bahaya tu...kalau stakat main-main takpe...cuba bayangkan..kalau budak tu main sampai terlena..lepas tu mati lemas..naya..tak dapat bayangkan...mesti parents salahkan guru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak skrg tak sama. ni yg main dlm kreta.. yg bergayut kat cermin kereta pun ada.... dah ler kereta honda civic...

      Delete
  4. kadang kadang mereka tak faham nilai sesuatu itu... sebab belum pernah cari duit sendiri...

    ReplyDelete
  5. Yang si cikgu pun kenapa tak kunci kete nye hei

    ReplyDelete
  6. mcm2 hal kan budak2 skg..tiba blh men kereta cikgu lak adehh

    ReplyDelete
  7. murid-murid sekarang tak takut dengan cikgu dah..haishh..

    ReplyDelete
  8. Memang murid sekarang ni NO RESPECT betul kat guru2 tau..Kalau dulu guru cakap apa pun kita follow je kan?

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.