Monday, April 21, 2014

Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah

Bulan Februari lepas leeza telah dihantar oleh pihak sekolah untuk menyertai Bengkal Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Maelayu SJKC. Bengkel sehari itu telah banyak membantu leeza memahami tentang tatabahasa. Leeza dahulukan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran SJKC Tsun Jin yang membuka peluang ini kepada leeza. Leeza juga berasa gembira kerana dapat berkenalan dengan guru-guru dari sekolah lain.

Ilmu yang leeza perolehi daripada bengkel ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Naik sikit tahap penguasaan bahasa leeza. waaaaa.....

Tujuan leeza update entri ni bukanlah nak cerita pasal bengkel tu. Tapi lebih kepada buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah yang diketengahkan oleh penceramah. Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah ini agak sukar didapati. Menurut cerita seorang guru yang sedang usaha untuk mendapatkan Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah ini, guru tersebut sudah berulang kali ke kedai buku di Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah , namun masih tidak berjaya.

Leeza ada juga melihat kandungan Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah, pendapat leeza amat sesuai untuk murid sekolah rendah. Malahan design Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah ini lebih mesra kepada murid sekolah rendah dengan adanya sentuhan warna dan gambar. Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah kelihatan seperti sebuah buku teks. 

Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah  ini terbahagi kepada Buku 1 (morfologi), Buku 2 (morfologi) dan Buku 3 (Sintaksis). Leeza berasa sangat bersyukur kerana leeza berjaya mendapatkan ketiga-tiga buah buku ini. Rezeki leeza lah agaknya kerana bekas guru leeza di sekolah menengah dapat buku ini dan beliau memberi kepada saya. Terima kasih cikgu! 

Sekian daripada leeza... Cuba-cubalah dapatkan buku   Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah.

2 comments:

  1. menarik nie Leeza...berapa harganya yea....? sebab tak banyak buku tatabahasa untuk sekolah rendah.....

    ReplyDelete
  2. Saya lemah bab bab tatabahasa ni..he he

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.