Tuesday, August 5, 2014

Bina Ayat Gambar Kemalangan

Salam sejahtera semua. Bertemu kita lagi. Kali ni penulisan leeza bertumpu kepada latihan bina ayat berdasarkan gambar (bahagian A) untuk kertas penulisan. 

Leeza kongsikan gambar tentang kemalangan untuk dijadikan latihan bina ayat kepada murid-murid. Sebenarnya banyak gambar yang leeza nak muat naik untuk dijadikan bahan latihan dan perkongsian bersama, namun masa benar-benar tidak mengizinkan leeza untuk berbuat demikian. 

UPSR bakal tiba, latihan yang pihak sekolah tetapkan untuk diselesaikan oleh murid-murid masih menimbun. Latihan yang hendak ditanda oleh guru pula menggunung. Tidak sabar rasanya menanti penghujung UPSR

Di sini leeza kongsikan gambar tunggal tentang kejadian kemalangan untuk latihan bina ayat. Selain itu, mungkin kita boleh juga guna gambar ini sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan penulisan kreatif (sambung cerita)... Kita boleh tunjukkan gambar ini untuk memberi gambaran atau idea kepada murid-murid untuk menulis cerita.

Gambar Kemalangan Bina Ayat
Sekian...

0 Yang Ikhlas:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.