Thursday, August 28, 2014

Teknik 7S Hasilkan Karangan Hari Guru

Berjumpa lagi dengan entri Teknik 7S. Masih berbekalkan tema utama iaitu Teknik 7S, kali ini leeza ketengahkan Teknik 7S dalam menghasilkan karangan sambutan Hari Guru. Serba ringkas seperti Hari Sukan juga, leeza hanya mengubah suai mengikut tajuk yang diperlukan dan asasnya masih menggunakan Teknik 7S.

Moga Teknik 7S dapat membantu anak-anak murid kita menjawab peperiksaan dengan baik seterusnya menghasilkan sebuah karangan yang menepati tajuk. Walaupun isinya tidak luas, tidak sempurna, sekurang-kurangnya Teknik 7S ini dapat memberi gambaran dan tapak kepada murid menghasilkan karangan. 
Insha Allah....

Teknik 7s
Hari Guru
Setiap
Setiap sekolah pasti mengadakan sambutan Hari Guru. Tujuan sambutan Hari Guru diadakan adalah untuk menghargai jasa guru-guru.
Sabtu
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru.
Sebelum
Sehari sebelum sambutan Hari Guru, guru-guru dan murid-murid sibuk membuat persiapan di dewan.
Semasa
Hari yang ditunggu telah tiba. Murid-murid berkumpul di dewan. Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing.
Guru Besar memberi ucapan dan merasmikan sambutan Hari Guru.
Suasana
Seterusnya, kami menyaksikan persembahan murid-murid seperti lakonan dan nyanyian. Kemudian, ketua kelas menyampaikan hadiah kepada guru-guru. Suasana pada hari itu sungguh meriah.
Selepas
Selepas itu, murid-murid beratur masuk ke kelas masing-masing. Murid-murid dan guru menikmati makanan yang dibawa seperti, ayam goreng dan nasi lemak.
(berbual-bual)
Sangat
Murid-murid dan guru-guru sangat gembira. Sebelum bersurai, kami membersihkan kelas.

Demikianlah caranya.. Selanjutnya kita bertemu dengan sambutan Hari Kanak-kanak dan Hari Kantin. Aplikasikan Teknik 7S, moga dapat memudahkan kalian.... 

2 comments:

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.