Tuesday, August 26, 2014

Teknik 7S Hasilkan Karangan Hari Sukan


Sambungan Teknik 7S untuk menghasilkan karangan. Hari tu leeza tulis berkaitan Teknik 7S secara umum. Para pembaca telah mengetahui apa itu Teknik 7S

Kali ni leeza bagi contoh yang lebih lanjut tentang Teknik 7S untuk menghasilkan karangan Hari Sukan. Moga dapat membantu kalian memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. 



Teknik 7s
Hari Sukan
Setiap
Setiap sekolah pasti mengadakan Hari Sukan. Tujuan Hari Sukan diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid
Sabtu
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Sukan.
Sebelum
Sehari sebelum Hari Sukan, guru-guru dan murid-murid sibuk membuat persiapan.
Semasa
Hari yang ditunggu telah tiba. Murid-murid berkumpul di padang. Murid-murid beratur mengikut rumah sukan masing-masing. Guru Besar memberi ucapan dan merasmikan Hari Sukan tahun ini.
Suasana
Seterusnya, kami menyaksikan persembahan murid-murid seperti Taekwando dan Wushu.
Kemudian, acara balapan pun bermula.  Suasana pada hari itu sungguh meriah.

Selepas
Selepas itu, majlis penyampaian hadiah diadakan. Semua pemenang menerima pingat. Mereka sangat gembira. Johan keseluruhan ialah rumah Merah.
Sangat
Murid-murid dan guru-guru sangat gembira. Sebelum bersurai, kami membersihkan kawasan padang.



























Sekian daripada santai leeza... Moga dapat membantu kalian. Teknik 7S menghasilkan karangan Hari Sukan.


1 comment:

  1. satu perkongsiaan yang bermanfaat dan menarik... terima kasih di atas perkongsian ini...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.