Monday, August 18, 2014

Teknik 7S Hasilkan Karangan

Salam semua. Kali ni leeza nak berkongsi dengan para pembaca serta pengunjung tentang Teknik 7S untuk menghasilkan Karangan (Perayaan, Sambutan, Majlis). Teknik khusus ini leeza terima semasa leeza hadiri kursus guru gemilang 2014 pada bulan Mac-April lepas. Kursus ini benar-benar membantu leeza menyampaikan pengetahuan kepada murid dengan lebih berkesan.


Teknik 7S merupakan singkatan bagi 7 perkataan yang bermula dengan huruf S, iaitu : 
  1. Setiap - Perenggan 1
  2. Sabtu  - Perenggan 2
  3. Sebelum - Perenggan 2
  4. Semasa - Perenggan 3
  5. Suasana - Perenggan 4
  6. Selepas - Perenggan 5
  7. Sangat - Perenggan 6
Pada awalnya leeza rasa Teknik 7S agak sukar dilaksanakan, tapi selepas menyelaminya, leeza rasa dapat membantu murid-murid yang lemah menghasilkan sebuah karangan. Hal ini kerana kelas yang diamanahkan kepada leeza tahun ini, merupakan murid yang dalam kategori lemah. Penulisan karangan mereka tiada jalan cerita yang baik dan penguasaan kosa kata juga sangat lemah.

Sekurang-kurangnya dengan Teknik 7S dapat membantu mereka mengatasi masalah jalan cerita yang hendak dihasilkan. Mereka mempunyai idea untuk menulis pada setiap perenggan.

Di sini leeza kongsikan contoh secara ringkas tentang Teknik 7S   :

TEKNIK 7S
HARI GURU
SETIAP
Setiap sekolah pasti menyambut Hari Guru.
SABTU
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah ......... telah mengadakan sambutan Hari Guru.
SEBELUM
Sebelum sambutan Hari Guru, murid-murid dan guru-guru sibuk menghias ....... (persediaan sebelum sambutan)
SEMASA
(semasa sambutan)
-         Berkumpul di dewan
-         Ucapan Guru Besar - merasmikan
SUASANA
(suasana meriah)
-         Persembahan
-         Memberi hadiah kepada guru
SELEPAS
(selepas sambutan di dewan)
-         Menikmati makanan di kelas
-         Contoh hidangan
-         Berbual-bual
SANGAT
(gembira – membersihkan kelas)
-         Murid-murid dan guru-guru berasa gembira
-         Membersihkan kelas sebelum pulang



Sekian daripada leeza... Semoga berjaya mengaplikasikan Teknik 7S dalam menghasilkan karangan.


1 comment:

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.