Tuesday, November 11, 2014

Hi-Tea Menara Kuala Lumpur

Hi-Tea Menara Kuala Lumpur
Salam sejahtera semua. Kali ni leeza nak berkongsi pengalaman leeza minum petang, lepak-lepak, Hi-Tea di Menara Kuala Lumpur. Leeza beli tiket untuk menikmati minum petang di Menara Berputar Kuala Lumpur dengan harga yang agak rendah. Leeza beli di groupon. Heeeee~

Masa untuk Hi-Tea di Menara Kuala Lumpur bermula pada jam 3.30 petang sehingga 5.30 petang. Leeza tiba awal sebab tiket yang leeza beli ni termasuk tiket untuk "Blue Coral Aquarium" yang terdapat di Menara Kuala Lumpur.

Minum Petang Menara Kuala Lumpur
Kalau boleh pengunjung diminta tiba awal untuk mengelakkan kesesakan untuk menaiki ke tingkat atas Menara Kuala Lumpur. Tapi janganlah awal sangat sebab tak ada apa-apa aktiviti yang boleh dibuat pun di situ. 

Kedudukan Meja telah disediakan oleh pihak Menara Kuala Lumpur. Jadi kita tidak akan diberi pilihan. Yang pasti , kalian mesti INGAT nombor meja kalian. Kalau tak, nanti berpusing-pusinglah dalam Menara Kuala Lumpur tu.

Pemandangan dari Menara Kuala Lumpur
Tempat letak kereta di Menara Kuala Lumpur pula pendapat leeza agak terhad. Kalau kalian parking di kawasan atas tu, memang agak terhad tempat letak keretanya.

From KL Tower
Makanan Hi-Tea yang disediakan pihak Menara Kuala Lumpur hanya pada kadar sederhana. Pendapat leeza pengunjung membayar harga tiket untuk menikmati panorama sekitar Kuala Lumpur. Aspek makanan hanya sederhana sahaja. Barangkali ini hanya Hi-Tea atau minum petang. Tak sempat nak merakam gambar sebab agak ramai orang sedang mengambil makanan.

Selepas makan, leeza singgah di tingkat bawah untuk menikmati panorama sekitar Kuala Lumpur. Tercari-cari kedudukan rumah dan sekolah leeza. cewahhh..... Seronoknya.. Ringkasnya, apabila kita membeli tiket untuk buffet Hi-Tea di Menara Kuala Lumpur, secara tidak langsung, kita akan memperoleh tiket untuk ke aras melihat panorama Kuala Lumpur menggunakan teropong yangd disediakan.

Blue Carol Aquarium
Blue Coral Aquarium yang terdapat di Menara Kuala Lumpur agak menarik. Bagi mereka yang gemar akan kehidupan di laut boleh lah berkunjung ke sana. Leeza cuma boleh nasihatkan jangan mengharap terlalu tinggi. Sebab konsepnya aquarium dan ruangnya juga tidak lah besar. Mereka yang minat akan menghabiskan masa selama 30-45 minit. Yang kurang gemar dengan kehidupan laut, pasti akan mengambil masa hanya 10-15 minit sahaja untuk menamatkan perjalanan dalam Blue Coral Aquarium di Menara Kuala Lumpur.

Fish at Blue Coral Aquarium Menara Kuala Lumpur

Fist at KL Tower

Sekian......

8 comments:

  1. Kakcik pernah terfikir nak beli tiket untuk Hi-tea di groupon tu, tapi sebab takde kawan nak pergi, langsung tak jadi... :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah pergi lagi, huhu.. nanti nak bwak parent pergi sana

    ReplyDelete
  3. Biasanya sekolah je yg buat hi-tea kat sini. Blm cuba lagi menempah sendiri.

    ReplyDelete
  4. Ngeri sekali lihat menara itu, tidak terbayang kalu terjun jatuh kebawah..

    ReplyDelete
  5. pernah ke sana, tetapi belum pernah try food kat restoran berputar...
    teringin juga nak pergi

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.