Monday, January 27, 2014

Peningnya Cikgu

Minggu ni kemahiran berfikir yang digunakan oleh leeza seriusly tahap maxima. Adoi selak-selak buku teks Tahun 3 Bahasa Malaysia SJKC, pening juga leeza. Leeza sampai pengajaran tajuk Keluargaku Sarawak, jadi kandungannya lebih bertumpukan kepada kehidupan orang Sarawak

Salah satu tajuk yang buat leeza pening ialah buah-buahan di Sarawak. Aduhai garu kepala leeza nak ajar. Membayangkan soalan yang bakal disoal oleh murid-murid, boleh jadi kelu lidah nak menjawab nanti. Pengetahuan tentang kehidupan dan makanan di Sarawak agak kurang, maka merangkak-rangkak juga lah nak cari pengetahuan di Internet ...... 

Jommm lihat apa yang buat leeza begitu pening nak ajar. Tambahan dengan murid yang begitu aktif bertanya dan memberi respon.

Buah Dabai Buah Engkalak


Maklumat daripada Buku Teks halaman 13 tentang Buah Dabai dan Buah Engkalak

Buah yang yang terkenal di Sarawak. Buah Engkalak Muda berwarna hijau dan bertukar menjadi merah apabila masak. Buah ini berbuah 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan Disember.

Buah-buahan ini perlu direndam di dalam air suam lebih kurang 5 hingga 10 minit. Kemudian, bubuh sedikit garam supaya rasanya lebih enak apabila dimakan. Isinya lembut dan rasanya lemak sekali.
Demikian maklumat yang leeza dapat daripada buku teks halaman 13. Kalau boleh nak buat penambahbaikkan berkaitan maklumat buah dabai dan buah engkalak.

s e k i a n

Wednesday, January 22, 2014

Kosa Kata Di Ruang Tamu

Minggu ni leeza nak dedahkan koleksi Kosa Kata Di Ruang Tamu. Aktiviti-aktiviti yang mungkin dilakukan di ruang tamu. Koleksi kosa kata ni disunting juga dibuat penambahbaikkan dari semasa ke semasa. 

Moga dengan koleksi kosa kata di halaman rumah ini dapat membantu murid-murid menjawab soalan bahagian A Kertas 2 iaitu Bina Ayat Berdasarkan Gambar.

Kosa Kata Di Ruang Tamu
Leeza harap dapat membantu mereka yang memerlukan untuk membina ayat tentang aktiviti di ruang tamu.


s e k i a n

Tuesday, January 21, 2014

Haji Sharin Low Grand Seafood Restaurant

Haji Sharin Low Grand Seafood Restaurant
Haji Sharin Low Grand Seafood Restaurant terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur. Bukan sahaja di Cheras wujudnya Haji Sharin Low Grand Seafood Restaurant, malahan banyak tempat lagi. Kalian boleh lihat di laman INI... Leeza sendiri terkejut dengan kewujudan restoran milik Haji Sharin ini....

Ni 1st time leeza singgah Haji Sharin Low Grand Seafood Restaurant, so leeza tak tahu nak order makanan apa. Tambahan, perut leeza pun tak berapa selesa. Tengok menu di Haji Sharin Low Grand Seafood Restaurant yang banyak ni pun naik blurr otak nak pilih.

Menu Haji Sharin Low Grand Seafood Restaurant
Menu Haji Sharin Low Grand Seafood Restaurant
Akhirnya leeza pilih ni jew....
Siakap - Haji Sharin Low Grand Seafood Restaurant

Thumb Up - Haji Sharin Low Grand Seafood Restaurant

Teh Cina dan Limau Kasturi Kedondong
Secara keseluruhannya... Leeza puas hati... Boleh lah singgah untuk ubah selera...

s  e  k  i  a  n

Saturday, January 18, 2014

Tentang Tapir


Tentang Tapir
Entri kali ni leeza ambil dari BUKU TEKS Bahasa Melayu Tahun 3 halaman 9. Leeza taip ni pun sebab nak digunakan nanti semasa pengajaran dan pembelajaran. Tambahan, boleh juga dibaca oleh para pengunjung sebagai penambahan ilmu pengetahuan tentang haiwan Tapir.

Nama saintifik Tapir ialah Tapirus Indicus. Tapir juga dikenali sebagai tenuk. Berat badannya mencecah 540 kilogram. Tapir makan rumput, pucuk kayu dan buah-buahan hutan. 

Tapir dapat hidup sehingga 30 tahun. Jumlah tapir hanya tinggal 1500 hingga 2000 ekor di seluruh dunia.

Tapir sejenis haiwan mamalia. Tapir terdapat di Asia Tenggara. Haiwan ini aktif  pada waktu malam. Tapir juga sangat pemalu.

SOALAN : 
1. Apakah nama saintifik bagi tapir?
    Nama saintifik bagi tapir ialah ....................................... .

2. Berapakah berat badan tapir?
    Berat badan tapir ialah ..................................... .

3. Tapir makan apa?
     Tapir makan ........................................... .

4. Bilakah tapir aktif?
    Tapir aktif pada ....................................... .

Gambar diambil daripada carian google 
info di atas dipetik dari buku teks bahasa melayu tahun 3 (SJKC)

s e k i a n
Usaha Tangga Sebuah Kejayaan

Tuesday, January 14, 2014

Char Koay Teow Simply Delicious Tampil Terbaik

Char Koay Teow Simply Delicious Tampil Terbaik
Salam semua.. Minggu lepas leeza menerima jemputan ke Restoran Char Koay Teow Simply Delicious di Encorp Strand Kota Damansara. Kalian kenal blogger Kak Nora tak? Kalau tak kenal, leeza sarankan kalian jenguklah blog beliau.. Jom kenal KAK NORA.

Nak ucapkan setinggi-tingginya terima kasih kepada Kak Nora kerana ajak leeza pergi  lepak makan di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious. Restoran Char Koay Teow Simply Delicious ini milik Serina Chef Redzuawan dan rakannya. So leeza mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Serina Chef Redzuawan sebab memberi peluang kepada para blogger bersinggah makan di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious.

Tanpa membuang masa, leeza nak menari abjad tentang menu yang leeza nikmati di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious. Semestinya menu utama di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious ialah Char Koay Teow .. 
Char Koay Teow Simply Delicious Tampil Terbaik
"Enak sungguh dan tatkala mengarang entri ni.. leeza terliur ar.... haaaaaa"

MURTABAK TERBAIK
"Jujurnya, murtabak ni memang intinya sangat banyak dan puas hati... RM5 sahaja"

Char Koay Teow kering - Juga menyengat
"Pada mereka yang tidak suka yang basah, boleh cuba yang kering di Char Koay Teow Simply Delicious"

Ni leeza tak sempat nak rasa.. Sempat snap gambar... :-)
Sate ini juga meninggalkan kesan yang positif
Minuman kami.. Thumb Up
Ni memang kesukaan leeza.... RM21 ..
DURIAN CRAPE di Char Koay Teow Simply Delicious
PAVLOVA di Char Koay Teow Simply Delicious
RED VELVET di Char Koay Teow Simply Delicious
Hujung minggu ni leeza nak pergi lagi... Ada kawan minta leeza bawa ke Char Koay Teow Simply Delicious sebab tergoda dengan gambar-gambar dan komen leeza. Kah kah... 

Kepada mereka yang berdekatan, kalian haruslah terjah dan nikmati hidangan yang disediakan. Yang jauh pula, hujung minggu boleh lah singgah....... 

MAKLUMAT :
CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03 - 61514112
Facebook charkoayteowsimplydelicious
FaceBook Serina Oluanaigh
IG - SerinaRedzuawan

Sebelum melabuhkan tirai... Leeza nak beritahu bahawa kemudahan untuk solat juga disediakan... :-)


Sunday, January 12, 2014

Syanie Tidak Dapat Ulangi Kejayaan

Syanie Tidak Dapat Ulangi Kejayaan
Dalam MasterChef Malaysia All Stars kali ni, Syanie tak dapat ulangi kejayaannya untuk menjadi peserta TOP 5. Tapi pendapat leeza, Syanie bertarung dengan dua orang peserta yang hebat. Walaupun Michael Ang tu nampak tak berbisa... U all tengok sekarang Michael Ang dah jadi TOP 6.

Ada juga suara-suara menyatakan bahawa Michael Ang bertahan sehingga kini adalah disebabkan bantuan rakan. Mungkin benar.. Tapi Michael Ang kira hebat lah dapat bertahan juga... Seperti Syanie, Michael Ang juga mahu menjadi TOP 5... Persoalannya, Dapatkah Michael Ang Mencapai Kejayaannya???? 

Juri pun susah nak singkirkan siapa sebenarnya hari ni. Komen mereka rata-rata sama sahaja. Leeza pun tak lah dapat agak sangat. Walau apapun, kak Syanie dah sampai TOP 7 pun dah TERBAIK... 

Kita tengok esok pula, persaingan kumpulan... Kemenangan milik MERAH atau BIRU... yeahhh zaaaaa.....
MERAH vs BIRU
kredit gambar : FB MASTERCHEF
s  e  k  i  a  n 
^_^
 esok sekolah yang oiiiiii

Realiti Aku Seorang Guru

Hujung minggu juga leeza ngadap buku-buku karangan ni. Bangun awal di pagi Sabtu demi menanda buku karangan murid. Ini pun masih ada lagi di sekolah.. Tak larat nak angkut ke kereta.. Leeza angkut mana yang termampu sahaja. Realiti Aku Seorang Guru. Sabtu bukan milik keluarga mahupun diri sendiri...

Tapi leeza OK sahaja... Nama pun bekerja... Adakala sebagai seorang guru, tidak kira masa untuk kita berkhidmat..
Guru oh Guru
1 kelas ada 47 buah buku... ni baru 33... selebihnya tak muat beg nak angkut..... 

D  e m i   k  i   A   n

Saturday, January 11, 2014

BALISTIK dengan 1000 Butir Peluru

BALISTIK dengan 1000 Butir Peluru

Kredit gambar, twitch filem. Filem Balistik yang dihasilkan oleh Dato Rosyam Nor dibawah produksi beliau iaitu Suhan Movies bakal ditayangkan bermula 9 Januari 2014 di semua panggung wayang tanah air. Malahan bukan sahaja di Malaysia, Brunei dan Singapore juga akan turut menayangkan filem Balistik.

Dato Rosyam Nor dalam Melodi 5 Januari 2014 menyatakan bahawa filem BALISTIK akan menjanjikan yang terbaik. Filem yang bertemakan gangstarism, namun diselitkan tentang nilai kasih sayang serta pengajaran akan melibatkan barisan pelakon yang hebat-hebat.

Dato Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Dato' Rahim Razali dan ramai lagi akan membarisi filem Balistik. Waaa leeza rasa teruja nak tonton filem Balistik ni, lagi-lagi ada Rita Rudaini kan... :-) Filem terakhir yang dihasilkan oleh Dato Rosyam Nor ialah Castello. Pada 9 Januari 2014 ini Balistik akan menghangatkan panggung berdekatan kita.

Tambah Dato Rosyam Nor lagi, filem Balistik ini telah menggunakan banyak peluru iaitu sebanyak 1000 butir peluru dan lebih kepada aksi tembak-menembak

Minggu depan, kalau ada masa .. leeza singgah panggung untuk menggegarkan otak dengan tembakan dan dentuman 1000 peluru dalam filem BALISTIK. heeeee....... 

Jomm layan trailer dulu erk..... Balistik oleh Dato Rosyan Nor
"Berazamlah Untuk Menjadi Lebih Baik"

TESTING ENTRY !!


Monday, January 6, 2014

Texas Steak House Berpatutan Harganya

Malam Sabtu lepas leeza dan adik telah terjah TEXAS Steak House di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Adik leeza lah sibuk sangat nak makan CHICKEN CHOP bagai.. Dah berminggu dengar bebelan dia tu...

Yang paling dekat sekali nak 'pekena' makanan steak ni memang kat Texas Steak House lah. Tambahan, steak kat Texas Steak House ni harganya memang berpatutan. Masih dalam bajet dan kemampuan leeza lah. Teruja woo nak makan kat situ. Heeee Jom roll juadah di Texas Steak House...

Texas Steak House Berpatutan Harganya
Steak The Best - Texas Steak House Berpatutan Harganya
Dua gambar ni leeza share.. Menu yang leeza nikmati bersama-sama adik leeza di Texas Steak House. Adik leeza order air nescafe... Bila sampai.. mak ai... besar teramat... Dah lah air nescafe kot... Memang sampai ke pagi lah tak tidur... Cawan besauuuu..... Sorry tak sempat nak snap picture.!

S   e   K   I    a   N
^-^

Sunday, January 5, 2014

Karya Seni Muridku Tersiar Dalam Dewan Pelajar

Karya Seni Muridku Tersiar Dalam Dewan Pelajar
 Karya Seni Muridku Tersiar Dalam Dewan Pelajar. Begitulah tajuk entri leeza. Tahun lepas leeza ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Seni Visual / Dunia Seni Visual (bagi tahap 1). Pokoknya tiada apa-apa beza, hanya pada namanya. Hakikat leeza kena mengajar seni atau bahasa lebih mudah melukis. Buntu juga sebenarnya, sebab leeza bukannya ada kemahiran seni melukis punnn...


Atas dasar tanggungjawab (ayat skema)... leeza cuba lah mengajar berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang diberi. Dalam mengajar itu, timbul satu idea untuk menghantar karya seni murid kepada Majalah Dewan Pelajar. Memandangkan karya yang berjaya dipilih oleh pihak Dewan Pelajar akan diberi ganjaran. Lagipun karya seni murid-murid leeza ni boleh tahan cantik. Kalah cikgunya!
 
Ganjaran daripada Dewan pelajar!
Maka, leeza pun memberi galakan kepada murid untuk menyertainya. Hanya yang terbaik yang akan leeza hantar kepada Dewan Pelajar. Sambutan agak menggalakkan namun penyertaan yang boleh leeza hantar adalah terhad. Sebulan hanya senaskah majalah Dewan Pelajar jer leeza beli. Jadi sebuah karya jer leeza boleh kirimkan setiap bulan.


Agak lama menanti, akhirnya Disember 2013 , karya seni salah seorang murid leeza berjaya tersiar dalam Dewan Pelajar. Bertemakan Bangsa Membaca Bangsa Berjaya, karya seni Tan Shirley berjaya dipilih. Leeza nak ucapkan TAHNIAH kepada adik Tan Shirley kerana berjaya memperolehi tempat dalam majalah Dewan Pelajar. Paling membanggakan nama SJKC Tsun Jin tertera di situ. Kejayaan dalam diamku tahun lepas. Yahoooo.......

Tahun ni.. leeza hanya ajar sebuah kelas seni. Leeza cubalah untuk cari bakat murid kelas itu pula. Moga-moga adalah yang mampu menghasilkan sebuah lukisan yang bermakna. 



Lihat Karya Seni Muridku Ini..... 
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

  s  E  K  i  a  N 


Friday, January 3, 2014

EnglishQuotes: Problem?

Gambar di bawah dipetik dari FACEBOOK English Quotes ... Boleh direnungkan seketika... Sepanjang tahun ni leeza memang perlu kata-kata motivasi.. Adakalanya terbayang-bayang cabaran demi cabaran yang perlu dihadapi.... Fuuhhhh.....

Pergi kerja dengan senyuman dan terus melakarkan senyuman kepada orang sekeliling... Itu yang pasti... Bila kita senyum.. kita juga GEMBIRA... Terapi Hati yang paling TERBAIK...


Oklah... leeza cau cin cau dulu... Fikirkan English Quotes yang dikongsikan ini.... :-p

Thursday, January 2, 2014

Lukisan Kenderaan Kanak-kanak

2 bulan cuti, barulah leeza sempat belek-belek folder dalam lap top ni. Belek punya belek terjumpa folder Lukisan Kanak-kanak. Haaaa leeza jumpa folder Lukisan Kenderaan Kanak-kanak. Tengok folder ni rasanya dah lama bersarang. Awal tahun 2013 dulu kot ajar buat lukisan kenderaan kanak-kanak ni.

Tanpa membuang tenaga, leeza lampirkan beberapa keping lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak di sekolah leeza. Lukisan kenderaan dan teknik warna yang buat leeza terhibur. Terima kasih murid-muridku.

Lukisan Kenderaan Kanak-kanak

Lukisan Kenderaan Kanak-kanak
Comel tak lukisan kenderaan kanak-kanak ni? Mereka semua berusia 9 tahun... Kepada yang berminat untuk melihat hasil lukisan lagi... Sila berkunjung senarai di bawah : 

Lukisan Poster Bangsa Membaca Bangsa Berjaya >>LIHAT LUKISAN<<
Hasilkan Lukisan Yang Menarik >>SINI<<
Lukisan Yang Cantik >>SINI<<
Lukisan Menghiburkan Hati Pendidik >>SINI<<


Selamat Melukis Semua .... ~