Monday, February 17, 2014

Kisah Jam 4 Pagi, Lori Punya Kes

Kita sedia maklum krisis air yang melanda beberapa buah tempat di sekitar Cheras. Termasuklah kawasan persekitaran tempat tinggal leeza. Isu air ni dah menjadi satu isu yang hangat dalam kalangan rakan sekerja. 
Kisah Jam 4 Pagi, Lori Punya Kes

KISAH BENAR :
Guru A yang tinggal di Damai Perdana sudah beberapa hari rumahnya tidak mengeluarkan setitik pun air. Suatu pagi kira-kira jam 4 pagi. Guru A terdengar bunyi sebuah lori lalu di hadapan rumahnya. Dia meninjau, yaaa ada sebuah lori. Dengan segera, Guru A mengejutkan seisi rumahnya agar bangun untuk mengambil air. 

Seisi keluarga yang tengah ngantuk ni terpaksalah bangun demi menadah air. Dalam keadaan ngantuk ini, kakak kepada Guru A menjenguk dari tingkap dan kelihatan sebuah lori SAMPAH. Bukanlah seperti yang dimaklumkan oleh Guru A iaitu lori SYABAS. 

Masing-masing berasa amarah kerana tidur mereka terganggu. Guru A hanya mampu meminta maaf di atas kesilapannya. Sungguh dia tidak sangka lori yang dia lihat sebentar tadi ialah lori SAMPAH bukannya lori SYABAS.

p/s : Sesungguhnya, krisis air menyebabkan seseorang keliru dengan Lori Sampah dan Lori Syabas...

Gambar kredit carian google l gambar bukan yang diambil asli

Thursday, February 13, 2014

Drama Festival Kuala Lumpur

Drama Festival Kuala Lumpur
19 Disember 2013, Khamis telah berlangsungnya Drama Festival Kuala Lumpur di Ballroom Emperor Hotel Empire, Subang. Jam 3.00 petang, leeza perlu berada di Ballroom Emperor Hotel Empire, Subang. Awal pagi itu leeza perlu hadir ke sekolah untuk kelas tambahan, agak terkejar-kejar untuk ke Hotel Empire, Subang. Tambahan, jalan kat sana ada perubahan yang menyebabkan leeza berpusing-pusing untuk mencari jalan masuk. Guna GPS lagi lah annoying giler... (saat itu lahhh)

Majlis pada hari itu bermula sedikit lewat. Namun masih dalam keadaan yang terkawal. Leeza bersama-sama KAK NORA dan KAK NANNIE  duduk di barisan hadapan. Dua baris depan menjadi tempat kami dalam Drama Festival Kuala Lumpur

Leeza ringkas apa yang leeza perolehi daripada Majlis Drama Festival Kuala Lumpur yang leeza hadiri pada 19 Disember 2013 lalu. Isi kandungan Drama Festival Kuala Lumpur
  1. Drama Festival Kuala Lumpur mempunyai Bengkel, Ujibakat , Pitching dan Jelajah Kampus.
  2. Pertandingan Drama Pendek
  3. Rancangan Khas di Televisyen : TV3 - "FESTIVAL" dan TV9 - "SHORTIES"
  4. Anugerag Drama Festival Kuala Lumpur : Calon dan Kategori

OBJEKTIF DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR:
  1. Memartabatkan industri drama tanah air
  2. Mengukuhkan kedudukan TV3 dan TV9 sebagai penggerak industri drama tanah air
  3. Menghubungkan para karyawan termasuklah pengarah, penulis skrip, sinematografer, komposer dan pelakon dari amatur hinggalah ke profesional
  4. Platform untuk mencari pelapis-pelapis baharu yang bakal memacu masa depan industri drama tanah air.
Drama Festival Kuala Lumpur ini akan melibat pengiat seperti Kabir Bhatia, Sabri Yunus, Ahmad Idham, Azma Aizal Yusoof, Siti Jasmina, Eirma Fatima, Rozie Rashid, Wan Hasliza, Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Rosyam Nor, Sharifah Amani, Fauziah Nawi dan Fatimah Abu Bakar. Hebat-hebatkan barisan pengiat seni yang terlibat untuk Drama Festival Kuala Lumpur ini. 

Majlis Drama Festival Kuala Lumpur yang berlangsung di Hotel Empire bertambah meriah dengan persembahan daripada Black dengan lagunya Takkan Terpisah dan Nomad Tetap Menantimu. Sedap juga kedua-dua lagu itu. Liriknya juga sangat bermakna.... ;-)

Leeza coret sampai di sini sahaja... Jumpa di entri akan datang..

** s e K i A n**


Wednesday, February 12, 2014

Kosa Kata Di Tepi Pantai

Koleksi perbendaharaan kata yang digunakan untuk suasana di tepi pantai atau aktiviti beriadah / berkelah di tepi pantai.

Leeza lampirkan di sini koleksi perbendaharaan kata / kosa kata yang boleh digunakan untuk suasana di tepi pantai. Namun, kali ni tanpa kata bahasa cina. Sebab tak sempat nak cari lah.... So leeza gunakan koleksi di bawah ini sebagai latihan kepada murid.



Beriadah atau Berkelah (pantai)
Aktiviti (活动)
1.    membina istana pasir

2.    membakar udang dan sotong

3.    menyusun bekalan yang dibawa

4.    berlari mengejar ketam

5.    mengutip siput

6.    berenang

7.    belajar berenang

8.    bersiar-siar

9.    merakam gambar

10. menjamu selera

11. di tepi pantai

12.  pelampung

13.  penyodok



** kalau ada sesiapa yang sudi mencarikan makna dalam bahasa cina (tulisan cina) boleh lah kongsikan... heeeeeeeeeeeee......

Monday, February 10, 2014

Murid Sekarang Memang Berani!

Murid Sekarang Memang Berani!
Kali ni nak berkongsi sebuah kisah yang jarang-jarang berlaku di sekolah. Leeza yang mendengar cerita ini pun rasa pelik. Terfikir tahap keberanian murid tersebut amat tinggi... Ini kisahnya....

Guru A baru turun dari kelas dan sebelum tu, Guru A ada meminta murid kelasnya (murid Tahun 5) meletakkan buku di dalam keretanya. Dari jauh Guru A terlihat bayang-bayang kanak-kanak dalam keretanya. Memandangkan Guru A ni pun rabun, dia berasa mungkin dia tersilap lihat. 

Guru A berjalan terus ke arah keretanya untuk mendapat kepastian. Tiba-tiba, Guru A terlihat seorang murid masuk ke dalam keretanya melalui pintu belakang sebelah kanan. Guru A mempercepatkan langkah melihat keretanya dimasuki murid tersebut.

Kemudian, murid tersebut keluar melalui pintu belakang sebelah kiri. Seolah-olah murid itu sedang menyorok di dalam keretanya. Guru A mempercepatkan lagi langkahnya... Sampai di kereta... Kelihatan pula seorang lagi murid sedang memandu keretanya, memusing-musing stereng kereta dengan penuh gaya. 

Apa lagi... murid tu pun kenalah marah dengan Guru A... Murid-murid yang memberanikan diri bermain di kereta guru itu ialah murid Tahun 1 dan perempuan... Fuhhhhh ....... Budak-budak kot tak tahu nak beza benda yang boleh dimain dan tidak.... errrrrrrrrr

Masa dengar kisah ni, leeza cakap, maybe murid tu teruja nak bawa kereta vios kot... haaaaaaa....... Sejak peristiwa tu, leeza pun selalu juga tinjau-tinjau kereta leeza... kot-kot menjadi mangsa... haaaaa...... 

Murid sekarang mana sama dengan murid dahulu!!!
Nak salahkan guru 100% pun tak boleh. Kawasan tempat letak kereta guru sememangnya tempat yang tidak seharusnya seorang murid berada ketika masa rehat.
Anak murid kreatif bebenor..... 

Friday, February 7, 2014

Jubah Dress Kian Mendapat Sambutan

Kali ni entri berkaitan Jubah. Haaaaa tetiba jew tulis pasal Jubah.. Bukan apa, Leeza tengok sudah semakin ramai yang berminat untuk memakai jubah. So selitkanlah entri  berkaitan Jubah.  

Jubah ni boleh dikatakan sebagai pakaian tradisional yang biasa dipakai oleh kaum wanita Muslim di Malaysia. Jubah mendapat pengaruh daripada negara Timur Tengah. Jubah dress semakin terkenal dalam kalangan wanita. Bukan tu jer, long dress ini bukan sahaja sesuai untuk dipakai oleh mereka yang berumur, malahan sesuai untuk semua lapisan umur. Kajian juga membuktikan Jubah Dress merupakan dress Muslimah yang semakin mendapat tempat dalam kalangan kaum wanita. 
 

Jubah Dress Kian Mendapat Sambutan
Zaman globalisasi ini, jubah hadir dengan pelbagai jenis rekaan dan warna yang sesuai untuk dipakai oleh kaum wanita tidak kira bentuk badan dan juga umur. Jubah moden yang diberikan sentuhan rekaan semakin popular dalam pasaran dan mereka mula memakainya sebagai persalinan kasual malah untuk ke pejabat juga.

Jubah Dress

Jika anda mahu beli jubah dress dengan cara termudah, buat sahaja pembelian anda secara online. Kini terdapat ratusan blogshop atau website online shopping in Malaysia yang menawarkan pelbagai koleksi jubah dengan rekaan-rekaan yang menarik. Jubah online turut hadir dengan tawaran istimewa dengan harga yang cukup berpatutan.  

Fesyen untuk wanita Muslim sudah berkembang dengan kadar yang cukup pantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pertambahan jumlah hijabista yang sentiasa peka dengan arus fesyen terkini, mereka semakin galak mendapatkan pakaian tradisional yang lebih trendy dengan sentuhan moden. 

Jubah Dress
 Permintaan mereka disahut dengan baik oleh pereka fesyen tempatan yang sedar akan perkembangan trend ini.   Mereka telah cuba sehabis baik dalam memenuhi permintaan para peminat fesyen. ZaloraMY sebagai contoh sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan mereka. Zalora menawarkan pelbagai jenis pakaian tradisional seperti baju kurung moden, baju kebaya, kaftan moden dan tudung online juga. Shopping online adalah lebih mudah kerana dengan hanya beberapa klik sahaja anda dapat menyelesaikan pembelian.. Apa tunggu lagi? Beli jubah online sekarang di Zalora Malaysia.

S e k i a n daripada L E E Z A

Jommmmmm Shopping Online