Thursday, March 27, 2014

Karangan Melengkap Cerita (Penutup Diberi)

Ilmu Sekolah: Karangan Melengkap Cerita (Penutup Diberi)... Entri yang agak ilmiah kali ni... 

Ilmu Sekolah: Karangan Melengkap Cerita (Penutup Diberi)
      Pengunjung yang sering lepak di laman Santai Leeza pasti kebosanan kerana sejak kebelakangan ni, leeza kerap muat naik bahan P & P .... Maaf para pembaca .... Leeza tak dapat lari daripada skop pendidikan, memandangkan leeza "berkecimpung" dalam dunia pendidikan.

       Kali ni leeza berkongsi sedikit bahan untuk mengajar karangan. Fokusnya karangan melengkap cerita (penutup diberi)... Bahan yang leeza kongsi ni lebih kepada penulisan karangan berpandu.. Panduan yang leeza sediakan untuk murid ni kategori panduan isi 80%.... Contoh di bawah ......

Rangka Karangan Melengkap Cerita
Leeza rasa banyak lagi yang boleh dibaiki di sini. Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan. Leeza guna bahan ni untuk murid yang markah penulisan bahasa melayu 20 - 49% ....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Moga bahan di atas dapat membantu mereka yang memerlukan. Sekian ~

Thursday, March 20, 2014

Karangan Melengkapkan Cerita

Salam Sejahtera semuanya. Kali ni leeza akan berkongsi ilmu tentang karangan melengkap cerita. Dunia seorang pendidik ini tidak dapat lari daripada mencurahkan bakti dan ilmu. Blog ini merupakan salah satu medan untuk leeza memuat naik maklumat dan bahan mengajar yang leeza sediakan.

Kali ini kita bersantai dan berdansa dengan bahan mengajar karangan melengkapkan cerita yang leeza sediakan. Jujurnya, bahan ni sangat mudah dan ceritanya sangat ringkas. Objektif leeza untuk murid yang markah penulisan  (KERTAS 2 ) mereka mendapat 20% ke bawah... 

Karangan Melengkapkan Cerita

Mudah kan ??? Memang mudah dan jalan cerita sangat ringkas. Karangan melengkapkan cerita ini bersesuaian untuk murid yang lemah... yeah..... 

Sekian .......

Thursday, March 13, 2014

Karangan Pengalaman Pulang Ke Kampung

Kali ni leeza kongsikan bersama para pengunjung tentang penulisan karangan. Baru-baru ni leeza ajar penulisan karangan yang bertajuk Pengalaman Pulang ke Kampung. Di sini leeza ingin berkongsi ilmu tentang rangka isi untuk menulis karangan Pengalaman Pulang Ke Kampung.

Leeza boleh rumuskan bahawa rangka isi ini agak mudah. Leeza sediakan untuk murid-murid yang sederhana dan setengah daripada kelas leeza ini adalah murid lemah. Jadi rangka isi ini agak ringkas dan mudah. Pendapat leeza, bukan satu yang sukar untuk kita menulis tentang karangan pengalaman pulang ke kampung. Tapi murid sekarang tidak mempunyai pengalaman tersebut. Lebih-lebih lagi murid-murid zaman sekarang. 

Tanpa membuang masa lagi, mari lihat rangka isi karangan Pengalaman Pulang ke Kampung yang mudah ini. Sebarang kekurangan boleh diusulkan dan akan dibuat penambahbaikkan. 

Rangka Isi : Karangan Pengalaman Pulang Ke Kampung


Sekian... moga bahan ini dapat membantu kalian....