Monday, April 21, 2014

Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah

Bulan Februari lepas leeza telah dihantar oleh pihak sekolah untuk menyertai Bengkal Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Maelayu SJKC. Bengkel sehari itu telah banyak membantu leeza memahami tentang tatabahasa. Leeza dahulukan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran SJKC Tsun Jin yang membuka peluang ini kepada leeza. Leeza juga berasa gembira kerana dapat berkenalan dengan guru-guru dari sekolah lain.

Ilmu yang leeza perolehi daripada bengkel ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Naik sikit tahap penguasaan bahasa leeza. waaaaa.....

Tujuan leeza update entri ni bukanlah nak cerita pasal bengkel tu. Tapi lebih kepada buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah yang diketengahkan oleh penceramah. Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah ini agak sukar didapati. Menurut cerita seorang guru yang sedang usaha untuk mendapatkan Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah ini, guru tersebut sudah berulang kali ke kedai buku di Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah , namun masih tidak berjaya.

Leeza ada juga melihat kandungan Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah, pendapat leeza amat sesuai untuk murid sekolah rendah. Malahan design Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah ini lebih mesra kepada murid sekolah rendah dengan adanya sentuhan warna dan gambar. Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah kelihatan seperti sebuah buku teks. 

Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah  ini terbahagi kepada Buku 1 (morfologi), Buku 2 (morfologi) dan Buku 3 (Sintaksis). Leeza berasa sangat bersyukur kerana leeza berjaya mendapatkan ketiga-tiga buah buku ini. Rezeki leeza lah agaknya kerana bekas guru leeza di sekolah menengah dapat buku ini dan beliau memberi kepada saya. Terima kasih cikgu! 

Sekian daripada leeza... Cuba-cubalah dapatkan buku   Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah.

Sunday, April 20, 2014

Bina Ayat Berdasarkan Gambar, Merentas Desa

Latihan bina ayat berdasarkan gambar. Bahagian A kertas 2 UPSR. Untuk makluman, gambar ini diambil daripada keratan akhbar berita harian bahagian didik pada 17 Mac 2014.  Leeza kongsikan di ruangan ini untuk kegunaan bersama.

Latihan bina ayat bertemakan Pertandingan Merentas Desa.

Mari Bina Ayat Berdasarkan Gambar... Banyakkan latihan untuk melihat hasil yang baik. :-)

17 MAC 2014 - BERITA HARIAN - NASKHAH DIDIK
OLEH CIKGU FAIZ 

Wednesday, April 2, 2014

Kemaskini Template Anda

Rasanya rata-rata pembaca mengetahui bahawa leeza bukanlah pengguna wordpress. Walaupun leeza guna blogspot tapi kini leeza sudah menampilkan blog leeza dengan template yang lebih ringas, kemas dan segak gitu. Sekali lagi leeza tegaskan, walaupun anda guna blogspot, anda tetap boleh guna template seperti saya ini.  haaaaaaaaaaaaaaaaa 

Sebelum nak cerita panjang lagi, leeza nak maklumkan bahawa perubahan template dilakukan sepenuhnya oleh bro FARID LAHAM iaitu pemilik blog http://www.terbaek.net/ ... Leeza boleh rumuskan bahawa sangat mudah berurusan dengan bro farid laham iaitu pemilik blog terbaek.net ini. Jika anda perminat, anda boleh dengan sepantas kilatnya roger bro farid ini untuk sebarang pertanyaan.

Leeza sangat berpuas hati dengan template terbaharu leeza ni. Nampak kemas dan tersusun. Seolah-oleh lebih profesional. Gabungan warna yang pelbagai tidak diutamakan langsung dalam template pilihan leeza ini. Jika anda suka dengan perkara yang ringkas dan kemas, leeza rasa template seumpama ini amat sesuai untuk anda. 

Template pengaruh trafik tak?


Ingat!!! jika anda mahu tukar template.. Roger Bro Farid Laham k... ini FB nya... SINI 

SEKIAN.....