Friday, May 30, 2014

Disebalik X-Men: Days of Future Past

Disebalik X-Men: Days of Future Past
3 hari lepas, leeza dibawa menonton X-Men: Days of Future Past. Leeza  tak pernah pun mengikuti filem filem X-Men yang lepas. Pendek kata tak faham pun jalan ceritanya macam mana. Filem X-Men ni berkaitan apa pun tidak dapat leeza bayangkan.

Memilih waktu jam 11 malam untuk menonton X-Men: Days of Future Past nampaknya bukanlah satu pilihan yang tepat. Encik suami yang beli tiket, leeza turutkan sahaja lah .. Nampaknya hanya encik suami sahaja yang faham tentang filem X-Men: Days of Future Past. Leeza??? blur sepanjang masa...!

Rasanya sejam berlalu leeza menonton X-Men: Days of Future Past, kebosanan dah mula menyelubungi leeza. Duduk pun dah tak senang... Tambahan, ngantuk pun dah mula menguasai diri. Melihat encik suami kat sebelah bukan mainlah khusyuk menonton, akhirnya leeza tengok encik suami jer lah. Kah kah kah... 

Tak lama, leeza pun tidur sampai habis filem ni. Itulah story nyer.. Sebenarnya, X-Men: Days of Future Past merupakan filem kedua yang leeza tidur sepanjang leeza pergi menonton wayang. Seingat leeza filem pertama yang leeza tidur ialah Puteri Gunung Ledang. hehehehe....

Demikianlah cerita leeza. Filem pertama menonton bersama encik suami dan kenangan yang tercipta leeza tidur... haaaaaa..... seriusly tak romantik tol den ni. hak hak hak...


Rumusannya, leeza boleh katakan bahawa leeza tak faham kisah X-Men: Days of Future Past dengan itu leeza pun tertidur lah jawapannya...

Kredit Gambar GOOGLE : 

Sekian daripada S.L.

Monday, May 19, 2014

Rangka Karangan Laporan Hari Kanak-kanak

Tajuk entri berkaitan penulisan karangan laporan. Sebelum ke tajuk utama, leeza nak coret sikit pasal "kesibukan" leeza ni. Rasanya dah berhabuk dah blog leeza ni. Seriusly, leeza tak sempat nak update blog. Kali ni pun curi-curi masa. Kerja bertimbun kat sekolah, tambah dengan kerja-kerja di rumah. Tak menang tangan dibuatnya.

So kali  ni leeza nak share dengan kalian rangka karangan sambutan hari kanak-kanak. Kali ni karangan berformat iaitu Laporan. Baru-baru ni Ujian Diagnostik UPSR ada keluar soalan karangan laporan Hari Kantin.

Harap maaf leeza tak share format karangan laporan dan karangan penuhnya. Sebab leeza sendiri tak guna lagi rangka karangan laporan sambutan hari kanak-kanak ini dalam pengajaran leeza di sekolah.

Rangka Karangan (Peta Alir)
Moga dapat membantu kalian.....