Thursday, June 19, 2014

Contoh Peta Bulatan i-Think

Beberapa bulan lepas leeza ada krusus dalam tentang peta pemikiran (i-Think) di sekolah leeza. Lapan jenis peta pemikiran ini iaitu Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir, Peta Pelbagai Alir dan Peta Alir telah diterangkan kepada para guru di SJKC Tsun Jin. 

Baru sekarang ni leeza sempat nak buat artikel tentang peta pemikiran (i-Think) di blog leeza ni. (artikel ker??) Leeza tak lah nak terang panjang lebar tentang kelapan-lapan peta tu, cuma nak berkongsi contoh peta bulatan yang leeza aplikasikan di dalam bilik darjah. Tak lah hebat mana pun.

Peta pemikiran, i-Think ini dikatakan adalah bertujuan untuk 
mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi.

Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek
i-THINK
 dipetik dari laman i-Think

Baiklah, jommm tengok contoh peta bulatan (i-Think) yang dihasilkan oleh anak murid leeza. Yang ringkas dan mudah saja leeza buat. Ni pun macam nak pecah anak tekak ajar.. (kegagalan seorang pendidik... herk herk)...

Peta Pemikiran (i-Think) Peta Bulatan

Peta Pemikiran (i-Think) Peta Bulatan
Peta Bulatan yang pertama tu agak berterabur. Kurang kemas... Gambarnya tak di bawah maklumat. Tapi leeza suka lukisannya... Heeeeeeee.......

Akan datang, leeza upload lagi contoh-contoh lain k.....

Sekian .... Harap dapat membuat penambahbaikkan lagi.....

Monday, June 16, 2014

6 Format Karangan UPSR

Lama tak menulis di blog ini. Dah bersarang blog leeza ni. Al-maklum, sibuk dengan pertukaran status bujang ke "puan"... Haaaaa.... Tanpa membuang masa lagi leeza kali ni tampilkan blog leeza dengan koleksi format karangan UPSR. Leeza masukkan 6 jenis karangan berformat UPSR. Harap dapat membantu anakmurid di sekolah leeza lah.

6 jenis karangan berformat yang leeza selitkan ini ialah Surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, catatan (beberapa hari), catatan (harian), laporan dan dialog. Leeza hanya membuat draf dan gambaran asas sahaja untuk format keenam-enam jenis karangan ini. 

6 jenis karangan berformat ini leeza buat di dalam microsoft word (A4). Boleh dijadikan edaran kepada para murid. Harap dapat membantu murid menjawab peperiksaan tanpa kesilapan format, khususnya murid-murid UPSR.


Sekian daripada leeza... Moga artikel 6 jenis format karangan UPSR ini dapat membantu kalian yang memerlukan. Sebarang kekurangan harap dimaafkan...