Monday, July 21, 2014

Aktiviti Gotong-royong

Salam sejahtera semua. Kali leeza berkongsi karangan tahap satu untuk aktiviti bergotong-royong. Karangan ni adalah hasil murid-murid kelas leeza. Ayat yang mudah dan ringkas. Moga dapat membantu para pembaca.
Gambar Repost: kejayaan anak didikku 2013


Aktiviti Bergotong-royong
          Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan aktiviti bergotong-royong. Kami berkumpul di padang sekolah.

          Aktiviti bergotong-royong bermula pada pukul 8.00 pagi. Kami juga telah membawa peralatan sendiri. Kemudian, Cikgu Lim membahagikanmurid-murid kepada empat kumpulan.

          Kumpulan A bertugas untuk menyapu sampah-sarap di kawasan dewan. Kumpulan B pula mengelap tingkap kelas dengan bersih. Kumpulan C pula mengutip sampah di kawasan padang manakala kumpulan D memangkas lalang dengan berhati-hati.

       Pada pukul 11.00 pagi, aktiviti bergotong-royong pun tamat. Kemudian, murid-murid pergi ke kantin untuk menjamu selera. Mereka menjamu selera sambil berbual-bual dengan gembira.

         Pada pukul 12.00 tengah hari, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Kami berasa bertuah kerana diberi peluang untuk menyertai aktiviti yang berfaedah ini.


Bahan bantu mengajar untuk bergotong-royong : 
VIDEO BERGOTONG-ROYONG (SINI)   (SINI)

Sekian daripada santaileeza......

Tuesday, July 1, 2014

Karangan Melawat Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Bulan Ramadhan berkunjung tiba. Leeza mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramdhan kepada semua umat Islam. Moga kalian dapat melalui bulan Ramadhan ini dengan lebih bermakna. Insha Allah.....

Kali ini leeza tampilkan ruangan blog leeza dengan rangka karangan melawat tempat menarik di Kuala Lumpur. Sebelum ni leeza telah berkongsi karangan cerita tentang pulang ke kampung. Sebagai aktiviti pengukuhan bagi karangan cerita (pengalaman), leeza tampilkan dengan karangan melawat tempat menarik di Kuala Lumpur.

Semasa leeza mencoret ruangan blog leeza ni, leeza belum lagi mengaplikasikan bahan - rangka karangan melawat tempat menarik di Kuala Lumpur kepada murid. Jika tiada halangannya, leeza akan guna hari Jumaat ni. Untuk kelas tambahan di sekolah.

Moga dapat membantu kalian ... Rangka isi serba ringkas -  melawat tempat menarik ..  Leeza aplikasikan untuk murid di SJKC. Harap maklum... 

Karangan Melawat Tempat Menarik di Kuala Lumpur
Peta Alir di atas hanyalah contoh sahaja... Contoh untuk rangka karangan melawat tempat menarik di Kuala Lumpur.

Leeza dahulukan maaf sekiranya bahan ini tidak membantu kalian dan  tidak menepati kehendak kalian...