Monday, August 17, 2015

Kapak Besi Pak Tua

Hasil penulisan murid-muridku yang bertajuk Kapak Besi Pak Tua. Karangan dihasilkan secara berpandu dengan rujukan Buku Teks Bahasa Malaysia SJKC Tahun 4.

Kapak Besi Pak Tua SantaiLeeza



   Pada suatu hari, Pak Tua ke hutan. Dia membawa sebilah kapak besi yang sudah buruk. Semasa berjalan di tebing sebatang sungai, kapak besinya terjatuh ke dalam sungai. Pak Tua berasa amat sedih kerana dia tidak mempunyai kapak yang lain untuk menebas kayu-kayan. Tiba-tiba seorang Si Pari-pari terlihat kejadian yang menimpa Pak Tua.

   Si Pari-pari berasa kasihan terhadap apa yang berlaku pada Pak Tua. Si Pari-pari menuju ke arah Pak Tua lalu memujuknya. Pak Tua memberitahu Si Pari-pari bahawa kapak yang terjatuh ke dalam sungai itu merupakan satu-satunya kapak kepunyaannya. Dia tidak dapat menebas kayu-kayan untuk menyara hidup keluarganya. Selepas mendengar penjelasan Pak Tua, Si Pari-pari berjanji menolongnya untuk mencari kapak besi itu. Selepas itu, dia terus menyelam ke dalam sungai untuk mencari kapak besi.

   Tidak lama kemudian, Si Pari-pari timbul di permukaan sungai dengan sebilah kapak emas. Si Pari-pari memberikan kapak emas kepada Pak Tua tetapi Pak Tua enggan mengambilnya kerana kapak itu bukan kepunyaannya.

   Selepas itu, Si pari-pari terjun ke sungai semula. Tidak lama kemudian, Si Pari-pari membawa kapak perak dan kapak gangsa. Pak Tua memberitahu Si Pari-pari bahawa   kapak-kapak itu bukan kepunyaannya. Pak Tua berterima kasih kepada Si Pari-pari tetapi Pak Tua enggan mengambil kapak-kapak itu.

Kemudian, terjunlah Si Pari-pari ke dalam sungai. Dia timbul dengan membawa sebatang kapak besi. Apabila terpantang kapak itu giranglah hati Pak Tua. Sebagai balasan kejujuran Pak Tua, Si Pari-pari menghadiahkan kapak emas, perak dan gangsa kepada Pak Tua sambil berpantun:

        Daun palas daun keranji,
                Di tepi jalan dimakan rusa;
        Jujur ikhlas sikap terpuji,
                Jadikan amalan setiap masa.
                       
Hasil Karya: Liang Zhao Xiong ( 4 RAJIN - 2015 )
Latihan Berpandukan Buku Teks Bahasa Malaysia SJKC Tahun 4

2 comments:

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.