Salam sejahtera semua. Entri kali ini leeza ingin berkongsi dengan kalian hasil penulisan murid leeza. Latihan berpandukan Buku Teks Tahun 4, Bahasa Malaysia SJKC. Tajuk Berkat Kerajinan.
![]() |
Berkat Kerajinan Bahasa Malaysia Tahun 4 |
Hasan
pesawah padi. Sawah padinya sangat luas
seperti lautan. Setiap hari, Hasan pergi
ke sawah. Kehidupannya boleh diibaratkan
kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Oleh sebab itu, Hasan rajin
dan bersemangat tinggi semasa bekerja di sawah padinya untuk menyara
keluarganya. Dia menanam anak padi dan
menjaganya dengan baik bagai menatang
minyak yang penuh supaya anak padinya hidup subur.
Beberapa bulan kemudian, Hasan berasa sangat gembira seperti anjing terjumpa pasir apabila
melihat padinya menguning. Dia berasa
usahanya tidak sia-sia kerana mendapat hasil yang lumayan.
Malang tidak berbau, beberapa ekor burung pipit makan padi yang ditanam oleh Hasan. Hasan menghalau burung pipit tetapi burung
pipit datang semula. Hasan kelihatan
resah gelisah seperti duduk dalam duri. Ibunya menasihati Hasan supaya bersabar dan
tidak berasa risau.
Hasan dan ibunya menggantungkan tin-tin di sekeliling sawah
padi. Hal ini kerana tin-tin boleh
mengeluarkan bunyi supaya burung pipit tidak datang ke sawahnya. Mereka juga mencacakkan orang-orangan di
tengah sawah padi supaya burung pipit menganggap orang-orangan ialah manusia.
Selepas tin-tin dan orang-orangan dipacakkan di sawahnya,
masih ada burung yang makan padinya.
Namun, Hasan membiarkan burung-burung tersebut.
Berkat kesabarannya, Hasan mendapat hasil padi yang berlipat
kali ganda. Hasan bersyukur kerana
hidupnya bertambah senang, bak kata
pepatah hilang kabus teduh hujan.
Cerita ini memberi pengajaran kepada kita iaitu apabila membuat sesuatu
pekerjaan, kita haruslah terus berusaha dan tida k berputus asa
ketika menghadapi kesusahan.
Karya Yip Kah Keng, 4 Rajin (2015)
TITIK SANTAI :: :: ::
Leeza
best jugak karangan dia ni
ReplyDelete