Monday, September 7, 2015

Berkat Kerajinan 3


Bertemu kita pada entri ini. Masih dengan hasil karangan murid yang bertajuk BERKAT KERAJINAN.
Berkat Kerajinan Burung Pipit Sawah Padi
    Hasan pesawah padi. Sawah padinya sangat luas. Setiap hari, Hasan pergi ke sawah. Dia seorang yang rajin dan bersemangat tinggi. Dia mananam anak padi, menyiram air dan membubur baja. Anak padinya kelihatan hidup subur dan membesar dengan cepat.
       Selepas beberapa bulan, Hasan berasa sangat gembira seperti itik dapat air kerana padi mulai menguning. Usahanya selama ini tidak sia-sia.  
       Beberapa hari kemudian, kelihatan banyak ekor burung pipit makan padi Hasan. Hasan terus menghalau burung pipit tetapi burung pipit sentiasa datang semula. Ibu Hasan menasihatinya supaya bersabar dan mencari jalan untuk menghalau burung-burung pipit .
        Hasan mula mengumpul tin-in kosong. Selepas membuat lubang pada tin-tin dan menyambungkan tin-tin dengan tali, dia menggantungkan tin-tin pada kayu yang dicacakkan di beberapa tempat di sawah padinya. Selain itu dia juga mencacakkan orang-orangan yang  diperbuat dari padi jerami, baju dan topi di tengah sawah padi.
          Selepas tin-tin dan orang-orangan dipacakkan di sawahnya, masih ada burung yang makan padinya. Namun, Hasan membiarkan burung-burung tersebut.
         Berkat kesabarannya, Hasan mendapat hasil padi yang berlipat kali ganda. Hasan bersyukur kerana hidupnya bertambah senang.

Hasil murid : Kew Jun Yi (4Rajin, 2015)

2 comments:

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.