Thursday, October 1, 2015

Guang Zhou China, Ada Apa?


Cuti pertengahan tahun lalu, leeza telah bercuti di Guang Zhou China. Percutian tanpa dirancang sebenarnya. Syukur, segalanya berjalan lancar. Pertama kali leeza nak kongsikan tempat menarik di Guang Zhou China.

Pertama sekali, kalau kita pergi ke Guang Zhou China ni, kita mestilah boleh bertutur bahasa Mandarin. Sebabnya, orang di sana kurang fasih berbahasa Inggeris. Jalan penyelesaiannya, kalian perlu mencatat nama tempat yang hendak anda tuju itu (Dalam Tulisan Cina yer).

Baiklah, leeza ringkas tempat yang boleh kalian pergi di sana :

1.     Snap Gambar Menara di Guang Zhou dengan menaiki Cruise
Guang Zhou - Pearl River Cruise
2.    Pearl River Cruise
3.    Beijing Lu Street
4.    One Link Plaza
5.    Guang Zhou Zoo
6.    Dataran Shang Xia Jiu

Makanan Halal di Guang Zhou China :
Restoran ni Makanan Halal dia THE BEST! Guang Zhou Halal Food
Sate Kambing di Guang Zhou
 
** Leeza ada join lawatan sehari melawat tempat menarik di GuangZhou. Pemandu pelancong tu tidak memberi layanan yang sepatutnya. Tidak berapa faham tempat yang dituju.
Guang Zhou China

Guang Zhou China
 Tempat atas ni seronok... Leeza suka pergi sini. Kesuntukan masa hari tu, tak sempat nak snap picture banyak-banyak!!

Guang Zhou China

*** Berhati-hati juga dengan pemandu pelancong di sana. Di akhir lawatan itu, leeza diturunkan di sebuah stesen bas yang leeza sendiri tidak ketahui tempatnya. Semua pelancong diturunkan di sebuah stesen bas sebab masa dah pukul 5:00 petang. Atas sebab apa diturunkan, tidak diberitahu. Kami semua diminta turun tanpa beri sebarang alasan dan dia meminta kami mengambil teksi untuk pulang ke hotel. Seriusly menyirap darah masa tu. 
Yang seronok di Guang Zhou China ni, untuk mereka yang kaki shopping, seriusly inilah tempatnya. Kalau nak beli beg, apa jenis beg yang tak ada. Kalau nak beli kasut, segala jenis kasut ada. Baju?? Itu lagi banyak. Pendek kata Guang Zhou Istana Shopping! Gajet, aksesori telefon, powerbank.. semua ada....! Murah pun murah.

Seterusnya, destinasi Shen Zhen.. Naik train dari Guang Zhou... 
 Nantikan entri seterusnya....
 

1 comment:

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.