Sunday, April 26, 2015

Karangan Sambutan Hari Lahir Saya


Sambutan Hari Lahir Saya
(Karangan diambil dari keratan didik 4 Feb 2015)
Karangan Sambutan Hari Lahir Saya

Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah mengadakan majlis sambutan hari lahir yang ke-12. Sambutan itu telah diadakan di rumah saya yang terletak di Taman Intan Baiduri. Berbagai-bagai persiapan dan aktiviti telah dirancang oleh ibu dan kakak saya.

Saya juga sibuk membuat persiapan di ruang tamu. Antaranya menghias dan menggantung belon yang berwarna-warni dan juga menyusun kerusi dan meja. Kemudian, saya membantu kakak menghidang pelbagai jenis makanan. Ramai kawan yang telah diundang hadir untuk memeriahkan majlis hari lahir saya pada petang itu.
Masanya telah pun tiba. Ibu meletakkan kek di atas meja. Ayah membacakan doa selamat bagi memberkati majlis hari lahir saya. Selepas itu, rakan-rakan menyanyikan lagu ucapan selamat hari lahir untuk saya. Mereka turut memberikan hadiah kepada saya.

Kemudian, kami pun menikmati juadah yang terhidang di atas meja. Antara juadah tersebut seperti nasi beriani, ayam goreng, kuih-muih dan kek. Masing-masing begitu berselera kerana perut pun sudah lapar.

Setelah beberapa minit menikmati hidangan, beberapa orang rakan saya telah membuat persembahan nyanyian. Selepas itu, kami telah menyusun kerusi dalam bentuk bulatan untuk mengadakan aktiviti bermain kerusi muzik. Sesiapa yang gagal duduk di kerusi apabila muzik dihentikan, akan terkeluar daripada pertandingan tersebut. Kami tertawa geli hati apabila melihat pelbagai aksi dan telatah rakan-rakan kami.

Seterusnya ialah acara membuka hadiah. Rakan-rakan saya duduk berkerumun sambil memerhatikan saya membuka satu persatu hadiah yang saya dapat. Saya berasa terharu kerana mendapat hadiah yang banyak dan berguna buat diri saya. Saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi hadiah kepada saya.

Walaupun kepenatan melayan tetamu, saya berasa cukup gembira dan berpuas hati dengan sambutan hari jadi yang diadakan ini. Pasti majlis ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya.


Wednesday, April 15, 2015

DSKP dan Perekodan Murid

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran atau diringkaskan DSKP. Di sini leeza kongsikan DSKP untuk Bahasa Malaysia SJKC

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran DSKP
BAHASA MALAYSIA SJKC
Tahun 1 - Muat Turun DSKP Tahun 1

Tahun 2 - Muat Turun DSKP Tahun 2
Tahun 3 - Muat Turun DSKP Tahun 3
Tahun 4 - Muat Turun DSKP Tahun 4
Tahun 5 - Muat Turun DSKP Tahun 5

harap maklum DSKP BM SJKC Tahun 1, 2 dan 3, kredit dari laman ini 
Untuk lebih mudah, kalian digalakkan terus ke laman tersebut. Di laman tersebut menyediakan DSKP untuk semua mata pelajaran dan tahun. Sekian ~


Perekodan Murid *kredit http://tw.gigacircle.com/
Perekodan Murid Tahun 1 hingga 3 - Muat Turun Sini *kredit giga circle
Perekodan Murid Tahun 4 - Muat Turun Sini
Perekodan Murid Tahun 5 - Muat Turun Sini

harap maklum. link yang diberi untuk perekodan murid adalah bersumberkan dari laman gigacircle!

 TITIK SANTAI :: :: ::  
Untuk rujukan panitia sekolah saya. TQ

Monday, April 13, 2015

Kisah Permata: Pengenalan Permata


Tahun ini lain pula ceritanya. Tahun 2015 bermula dengan pantasnya. Tahu-tahu dah bulan April. Kerenah murid-murid leeza tahun ini juga berbeza jika dibandingkan tahun lepas. Nak berkongsi sikitlah perbezaan atau cabaran yang leeza hadapi tahun ni. 

Tahun 4 (2015) "KELAS ELIT PERTAMA"
Gelagat dan kerenah muridnya, leeza boleh samakan dengan peribahasa seperti murai tercabut ekor. Bicaranya tidak dapat dihentikan, pendek kata macam radio rosak atau radio kehilangan siaran. Huuuu semangat kalau nak tenangkan kelas tu. 

Tatkala guru bersemangat mengajar dan menerangkan bla blaaa blaaaa.... Mereka juga tidak keruan mencatat, tidak terkecuali sebilangan kecil yang mengelamun entah ke mana. Tahu-tahu bila disoal, satu pun tidak terkata, angin satu badan dibuatnya. 

Satu yang mengagumkan, semangat daya saing, semangat untuk menjadi yang pertama dalam kalangan mereka yang otak cair sungguh tinggi dalam diri mereka. Kagum sekali guru melihatnya. Dek kerana semangat daya saing yang melangit itu, kegagalan sukar pula diterima.

Air mata berjurai pada mereka yang kecundang dalam medan pertempuran. Tidak kira jantina, air mata terus mengalir. Hmmmmmm guru hanya tersenyum melihat mereka. Nasihat diusulkan membaiki setiap kelemahan.

Hari demi hari mereka mula belajar menerima kekalahan, belajar bertoleransi, belajar mencontohi mereka yang agung sekali di kelas itu. 

Di sini, guru dipertemukan dengan permata yang bernilai. Permata yang perlu digilap dan akan bersinar. Leeza "dijodohkan" dengan seorang murid yang "HEBAT" ... Sehingga guru perlu menjadikan kamus sebagai peneman tatkala menyemak karangan dan bina ayatnya. Insan yang bernama YKK . 

Ingin aku ucapkan ribuan terima kasih kepada murid permata ini kerana menjadikan aku lebih bermotivasi sebagai seorang guru. Sudah lama kunantikan murid sehebat ini hadir dalam dairi hidupku.

Sehebat manakah murid ini??? Akanku kukongsikan  ceritanya pada entri akan datang!