Thursday, October 22, 2015

Tempat Menarik Di Port Dickson

Salam sejahtera semua. Kali ini leeza akan berkongsi cerita tentang tempat menarik yang boleh kita kunjungi di Port Dickson.
Selalunya kita akan melakukan aktiviti air sahaja di sana. Kali ni leeza akan kongsikan kunjungan leeza ke beberapa buah tempat yang terdapat di Port Dickson.
Upside Down Art Gallery Port Dickson
PERTAMA : Upside Down Art Gallery Port Dickson (Rumah Terbalik)
·         Upside Down Art Gallery Port Dickson sebenarnya tak boleh lah nak dikategorikan rumah terbalik sangat.
·         Upside Down Art Gallery Port Dickson bukanlah dibina seperti sebuah rumah terbalik. Upside Down Art Gallery Port Dickson hanyalah bangunan kedai.
·         Apabila kita melangkah masuk, kita seolah terbaik kerana semua benda berada di atas kita.
·         Bertiketkan RM15 untuk dewasa, bagi leeza harganya bolehlah...
·         Namun, Upside Down Art Gallery Port Dickson akan mengadakan penambahbaikkan. Katanya, November 2015 akan bertambah lagi galerinya.

Lokasi :
No. 13A & 15, Jalan Coral Walk | Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson 71050, Malaysia.
Berdekatan Ancasa Apartment

Ostrich Farm Port Dickson Ticket Price
KEDUA : Ostrich Farm Port Dickson
·         Boleh dikategorikan kunjungan yang menarik.
·         Pada mereka yang berminat dengan dunia haiwan, boleh berkunjung ke sini.
·         Di Ostrich Farm ini juga kita boleh menikmati daging Ostrich.
·         *Disarankan agar kalian mengambil kunjungan ke satu tempat sahaja.
·         Pergilah pada awal pagi atau petang. Agak panas juga kawasannya.

Lokasi :
Lot 1419, Jalan Kemang 13 | Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson 73000, Malaysia
Ostrick Farm dan Up Side Down Berdekatan sahaja!

Alive 3D Art Gallery Port Dickson

KETIGA : Alive 3D Art Gallery Port Dickson
·         Pengalaman yang menarik.
·         Masa leeza pergi orang ramai sangat.
·         Perlu menanti dengan sabar.
·         Perlu kedudukan yang betul untuk merakam gambar.

Lokasi :
NO 38-40,
JALAN DS 2/1,
BANDAR DATARAN SEGAR,
LUKUT,
71010 Port Dickson,
Negeri Sembilan, Malaysia
Muzium / Galeri Kucing
KEEMPAT : Muzium Kucing
·         Bangunan 3 tingkat.
·         Sesuai kepada penggemar kucing.
·         Masih berada dalam keadaan yang bersih walaupun banyak kucing.

Lokasi :
Bersebelahan sahaja dengan Muzium 3D.

Muzium Lukut

KELIMA : Muzium Lukut
- pergi pagi atau petang.
- kawasan terbuka dan agak panas.
- kawasan pameran tertutup dan terletak di dalam sebuah teratak.
- tiada sebarang bayaran dikenakan.
- tidak mendapat sambutan daripada orang ramai. * masa leeza pergi tu tidak ramai orang pun. Hanya dua buah keluarga.

King's Char Juey Teow

**Kalau nak  makan best.. boleh cuba di King's Char Kuey Teow.. Tapi ramai manusia taw. So kena pergi awal. 

Thursday, October 1, 2015

Guang Zhou China, Ada Apa?


Cuti pertengahan tahun lalu, leeza telah bercuti di Guang Zhou China. Percutian tanpa dirancang sebenarnya. Syukur, segalanya berjalan lancar. Pertama kali leeza nak kongsikan tempat menarik di Guang Zhou China.

Pertama sekali, kalau kita pergi ke Guang Zhou China ni, kita mestilah boleh bertutur bahasa Mandarin. Sebabnya, orang di sana kurang fasih berbahasa Inggeris. Jalan penyelesaiannya, kalian perlu mencatat nama tempat yang hendak anda tuju itu (Dalam Tulisan Cina yer).

Baiklah, leeza ringkas tempat yang boleh kalian pergi di sana :

1.     Snap Gambar Menara di Guang Zhou dengan menaiki Cruise
Guang Zhou - Pearl River Cruise
2.    Pearl River Cruise
3.    Beijing Lu Street
4.    One Link Plaza
5.    Guang Zhou Zoo
6.    Dataran Shang Xia Jiu

Makanan Halal di Guang Zhou China :
Restoran ni Makanan Halal dia THE BEST! Guang Zhou Halal Food
Sate Kambing di Guang Zhou
 
** Leeza ada join lawatan sehari melawat tempat menarik di GuangZhou. Pemandu pelancong tu tidak memberi layanan yang sepatutnya. Tidak berapa faham tempat yang dituju.
Guang Zhou China

Guang Zhou China
 Tempat atas ni seronok... Leeza suka pergi sini. Kesuntukan masa hari tu, tak sempat nak snap picture banyak-banyak!!

Guang Zhou China

*** Berhati-hati juga dengan pemandu pelancong di sana. Di akhir lawatan itu, leeza diturunkan di sebuah stesen bas yang leeza sendiri tidak ketahui tempatnya. Semua pelancong diturunkan di sebuah stesen bas sebab masa dah pukul 5:00 petang. Atas sebab apa diturunkan, tidak diberitahu. Kami semua diminta turun tanpa beri sebarang alasan dan dia meminta kami mengambil teksi untuk pulang ke hotel. Seriusly menyirap darah masa tu. 
Yang seronok di Guang Zhou China ni, untuk mereka yang kaki shopping, seriusly inilah tempatnya. Kalau nak beli beg, apa jenis beg yang tak ada. Kalau nak beli kasut, segala jenis kasut ada. Baju?? Itu lagi banyak. Pendek kata Guang Zhou Istana Shopping! Gajet, aksesori telefon, powerbank.. semua ada....! Murah pun murah.

Seterusnya, destinasi Shen Zhen.. Naik train dari Guang Zhou... 
 Nantikan entri seterusnya....