Monday, July 18, 2016

Karangan Laporan Lawatan Ke Melaka



                                                         

 Laporan Lawatan ke Melaka

                Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan (C ) Tsun Jin telah mengadakan lawatan ke Melaka pada hari Sabtu yang lalu bersamaan  11 Jun 2016.  Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid.  Dengan ini, murid-murid dapat memahami sejarah negara dengan lebih mendalam.  Terdapat 49 orang peserta dan lima orang guru pengiring mengiringi lawatan tersebut.

            Sebelum bertolak, salah seorang guru pengiring, Cikgu Fatimah mengambil kehadiran dan memberi taklimat ringkas kepada murid-murid.  Beliau mengingatkan murid-murid supaya berwaspada agar tiada kemalangan berlaku.  Benarlah kata pepatah,malang tidak berbau. Murid – murid memasang telinga dan mendengar dengan khusyuk semasa taklimat ringkas disampaikan.  Tepat jam 8.00 pagi,  murid-murid pun bertolak.  Sepanjang perjalanan, mereka berbual mesra dan mendengar muzik sebagai halwa telinga.

            Setibanya di destinasi, murid-murid pun turun dari bas.  Destinasi pertama merupakan Bangunan Stadhuys.  Bangunan Stadhuys merupakan salah satu tempat pendidikan di Melaka.  Pada zaman dahulu, golongan remaja cina menerima pendidikan di tempat itu.  Seterusnya, kami menuju ke destinasi kedua, iaitu Kota A’ Famosa.  Bangunan yang tersergam indah ini dibina oleh orang Portugis pada tahun 1511.  Orang Portugis telah menyerang dan berjaya menakluk Melaka.

            Selepas itu, murid-murid juga mengunjungi ke Taman Mini Malaysia yang mempunyai panorama yang indah dan menambat hati para pengunjung. Murid-murid dapat mempelajari seni budaya pelbagai etnik di Malaysia.  Mereka juga sempat mengenali rumah replika dari setiap negeri.  Hal ini dapat memberi banyak manfaat kepada murid-murid dan mengelakkan mereka menjadi seperti katak di bawah tempurung.

            Kemudian, guru-guru membawa murid-murid pergi ke sebuah kedai cenderamata yang berdekatan dengan Taman Mini Malaysia.  Terdapat pelbagai jenis cenderamata yang dijual di situ.  Antaranya gelang kunci, kemeja- T dan sebagainya.  Murid-murid rambang mata semasa memilih cenderamata untuk keluarga masing- masing. Mereka juga berpeluang merakam detik-detik bersejarah mereka untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.

            Apabila matahari kian terbenam, murid-murid bertolak pulang ke Kuala lumpur. Lawatan ini bukan sahaja dapat memberi pengalaman yang tidak akan dilupakan dan banyak ilmu yang baharu, malahan dapat menanamkan semangat patriotisme dalam diri murid-murid, benarlah kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengalaman.  Murid-murid berhajat lawatan ini akan dianjurkan pada masa hadapan.

Disediakan oleh,                                                                                            28 JUN 2016.
‘------------------------------
(YIP KAH KENG)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Jenis Kebangsaan ( C) Tsun Jin.

TAMAT

Hidup dengan barisan idea dan Perisai Minda!

6 comments:

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.