Sunday, November 6, 2016

Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Sudah bersarang lama dah laman ini. Kali ni leeza tampilkan dengan contoh karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi. Kandungan surat ialah cara-cara menjadi murid cemerlang

Karangan ini dihasilkan bersama-sama murid-murid. Terima kasih atas gabungan idea anak-anak didik SJKC Tsun Jin. 

**Alamat - Perlu sebaris sama ya ... Komputer tak boleh nak buat. 


15, Jalan Bunga Raya 1,
Taman Pokok Sena,
56 000 Cheras,
Kuala Lumpur.

15 Januari 2016.

Menemui sahabatku, Angelina Jolie yang kini berada di Sabah. Semoga sihat sejahtera.
Saudari,
     Apa khabar saudari di sana? Saya dan keluarga sihat-sihat belaka. Moga saudari sekeluarga juga. Tujuan saya mencoret warkah ini adalah untuk memberitahu saudari tentang cara-cara menjadi murid cemerlang.

     Antaranya, kita boleh mengulang kaji pelajaran supaya dapat menambah ilmu pengetahuan. Contohnya, kita boleh mengulang kaji pelajaran pada waktu malam atau pada masa lapang. Oleh itu, kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Tambahan pula, kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan bersama-sama rakan kita.
     Selain itu, kita mesti menumpukan perhatian semasa guru mengajar supaya dapat menguasai tajuk yang diajar oleh guru. Kita juga perlu membuat nota ringkas tentang info penting yang disampaikan oleh guru. Kita juga harus bertanya kepada guru jika kita tidak memahami pengajaran beliau.
     Di samping itu, kita mesti membuat jadual belajar sendiri supaya dapat menghargai masa terluang. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin. Justeru itu, kita dapat mengelakkan diri daripada gejala negatif seperti merokok dan melepak. Sesungguhnya, masa itu emas.
     Akhir sekali, kita perlu belajar secara berkumpulan untuk berkongsi dan bertukar-tukar idea supaya mendapat pengetahuan yang lebih meluas. Tambahan pula, kita dapat memupuk nilai bekerjasama bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Oleh itu, kita dapat mengeratkan silaturahim antara rakan.Kita juga dapat mengelakkan sikap mementingkan diri dalam diri kita, bak kata pepatah bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Kesimpulannya, kita mesti berusaha untuk menjadi murid cemerlang. Sampai di sini sahaja warkah saya pada kali ini. 

Yang benar,
Loke Y.J.


Tamat 

Hidup dengan Barisan IDEA dan Perisai Minda

:-)

2 comments:

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.