Tuesday, December 20, 2016

Farm In The City Di Pinggir Kota

Salam Disember.. Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu leeza ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengunjung yang singgah ke laman ini secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih.

   Berbalik kepada tajuk entri leeza pada kali ini, rata-rata penduduk di kota ini (Kuala Lumpur) atau di sekitar Lembah Klang sudah mula mengenali Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan. Kepesatan bandaraya Kuala Lumpur dengan pembangunan yang semakin pesat ini tidak menjadi halangan buat pemilik Farm In The City ini membina sebuah laman untuk pengunjung menyaksikan haiwan-haiwan yang unik.

   Cuti sekolah bulan November 2016, leeza berkunjung ke Farm In The City bersama-sama rakan sekolah. Jemputan "khas" daripada pihak pentadbir untuk mengisi masa terluang cuti sekolah ini bersama-sama ahli keluarganya leeza penuhi. Lagipun leeza suka juga melihat haiwan-haiwan perliharaan yang unik ini. 

Leeza berkongsi gambar yer : 
Farm In The City
Farm In The City_Haiwan
Antara Haiwan yang comel yang dapat pengunjung lihat di Farm In The City.
Burung Hantu
Sejak leeza tengok Burung Hantu di Farm In The City ni, leeza tertarik dan rasa burung hantu ni memnag comel. 

Gelagat haiwan yang menghiburkan

Farm In The City
Ini antara haiwan yang menggelikan.. Ouchh....

   Tiket masuk ke Farm In The City bagi dewasa RM30 manakala Kanak-kanak dan Warga Emas RM25. Ini harga untuk yang ada MYCARD tau. Kalau tiada MYCARD boleh rujuk laman ini. <SINI>  : http://ctliyana86.blogspot.com/ 

Kelebihan Farm In The City Seri Kembangan ini bagi leeza ialah tempat ni bersih dan selesa untuk berkunjung. Haiwannya juga sihat-sihat belaka. 

Bagi mereka yang berminat untuk berkunjung ke Farm In The City, bolehlah rujuk maklumat di bawah. 

Waktu Operasi : 
ISNIN: 10am hingga 6pm
RABU hingga JUMAAT : 10am hingga 6pmSABTU , AHAD & CUTI SEKOLAH / CUTI UMUM : 9.30am hingga 6pm 

Lokasi : 
Jalan Prima Tropika Barat 1, 
Pusat Bandar Putra Permai, 
43300 Seri Kembangan, 
Selangor, Malaysia.

** Masa leeza pergi sini, leeza guna WAVE jer... hehehehe



Tajaan lawatan : Encik Suami Sdn Bhd. Terma kasih banyak-banyak. 
Lunch ditaja oleh Pihak Pentadbir saya. haaaaa
Sekian... SEMOGA CERIA SELALU...
Hidup dengan barisan idea dan perisai minda k.  

2 comments:

  1. dah lama tak berjalan ke KL, almaklumlah saya duduk di Kedah, jarang2 dapat berjalan arasana, thanks for the info, ingat zoo negara saja ada binatang di KL, dekat sini pun ada

    ReplyDelete
  2. eh .. ada juga ya .. mmg sesuai utk anak2 org bandar mendekati alam.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.