Monday, December 5, 2016

Restoran Pilihan Di Ipoh

Salam sejahtera. Kali ni leeza akan berkongsi dengan para pembaca tempat lepak makan di restoran sekitar Ipoh. Dua tempat yang leeza cadangkan untuk pengunjung yang berjalan di sekitar bandar Ipoh

Pertama : Greentown DimSum Cafe (HALAL)
Pada mereka yang minat makan ala-ala cina, restoran ini sesuai untuk kalian. Pilihan yang banyak buat kita tak tahu nak pilih menu yang mana satu. Yeah... Jom cuci mata dengan menu yang sempat leeza nikmati di restoran pilihan di Ipoh, Greentown Dim Sum Cafe

Greentown Dim Sum Cafe

Greentown Dim Sum Cafe

Greentown Dim Sum Cafe

Harga : Masih OK

Kawasan : Selesa 
Pekerja : Mesra "Mereka memberi suggestion yang terbaik"


Alamat : 
10, Persiaran Greentown 4,
Greentown Avenue ,
30450, Ipoh,
Perak, Malaysia.

Waktu Operasi : 8:00 am - 9.00 pm (Tuesday Off)
Telefon : 05-255 2010

*******
Kedua : OMM Cafe
Di sini makanan western. Ok, pada mereka yang minat untuk nikmati makanan western, boleh singgah di sini. Hiasan restoran telah menarik minat leeza untuk berkunjung ke sini. Lepak kat sini sambil bersembang cukup best. Hiasan dalaman dan barangan antik yang terdapat di restoran ini membuatkan topik perbualan leeza bertambah hangat. Yer lah, mengimbau kembali nostalgia.. 
OMM Cafe

OMM Cafe


Harga : Masih Boleh Diterima 
Kawasan : Best ... * Parking kena cari lah tepi-tepi jalan tu.
Pekerja : Mesra.

Alamat : 
159, Jalan Sultan Iskandar Shah, 3
0300 Ipoh, Perak, Malaysia.

Waktu Operasi : 
5:00 pm - 12:00 am 


**Masa leeza makan di sini, restoran baru beroperasi selepas cuti raya beberapa hari. So ada beberapa menu yang leeza minta tidak dapat disediakan sebab barang tiada. Walau bagaimana pun, pekerja memberitahu perkara sebenar. So tak lah kita beranggapan yang tidak baik kan. 

Demikianlah dua restoran yang BEST bagi leeza di sekitar bandar Ipoh. Jumpa lagi di lain entri. 

AKHIR KATA ...
"Hidup ini jika kita tidak melakukan kesalahan, maka itu bermakna kita tidak pernah mencuba."

1 comment:

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.