Monday, May 16, 2016

Bina Ayat Bekerjasama Mengeratkan Hubungan

Di sini leeza sediakan contoh binaan ayat tentang mengeratkan hubungan. Ayat berfokuskan aktiviti bekerjasama dan mengeratkan hubungan


Gambar boleh rujuk Buku Teks SJKC Tahun 4 halaman 67.

1.      Kim Ho dan Pak Abu bekerjasama mengangkat kerusi yang berat ke bawah khemah supaya dapat mewujudkan hubungan yang baik antara mereka.
2.      Mak Cik Limah dan ibu Mei Ling sedang menyediakan bahan masakan secara bekerjasama supaya bahan masakan disediakan dengan cepat dan dapat mengeratkan hubungan antara mereka.
3.      Pak Abu dan Encik Wong memasak rendang di hujung kampung bersama-sama supaya hubungan antara mereka semakin erat.
4.      Kai Chun dan rakannya berganding bahu mengangkat bekas air yang diminta oleh Mak Cik Limah untuk mengeratkan silaturahim antara mereka.

5.      Abang Kai Chun dan Mohan bersama-sama memasang langsir pada khemah untuk mengeratkan hubungan dan meringankan beban setiap penduduk.

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza sediakan khas buat murid tahun 4 leeza. Moga mereka rujuk laman ini untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
Terima kasih .... 

Monday, May 9, 2016

Rangka Karangan Gotong-royong di Sekolah

Rangka karangan Gotong-royong

Sekolah kamu telah mengadakan gotong-royong. Tulis sepucuk surat kepada sahabat karib kamu tentang gotong-royong yang diadakan.

FORMAT :
1.     Alamat pengirim  
2.     Tarikh – 8 Mei 2015.
3.     Pembuka kata – menemui
4.     Kata ganti nama diri – saudara / saudari
5.     Akuan diri
6.     Tanda tangan

PENDAHULUAN :
·         Tanya khabar
·         Tujuan menulis surat (adalah untuk)
·         Setiapà Setiap sekolah pasti mengadakan gotong-royong, begitu juga sekolah saya. Sekolah saya telah ......

Isi 1 :
·         “Sebelum” à Sehari sebelum gotong-royong, guru kelas telah meminta kami membawa peralatan yang diperlukan seperti, ...... .
·         Menyenaraikan tugas yang perlu dilakukan.
·         Datang awal
·         Berkumpul di dewan
·         Suasana di dewan riuh-rendah seperti ikan dalam belat

Isi 2 :
·         Guru besar berucap dan menasihati –
·         Memulakan gotong-royong
·         Menghias papan kenyataan
·         Menggantung langsir
·         Membersihkan sawang
·         Bekerjasama bagai aur dengan tebing

Isi 3 : (gotong-royong di luar kelas)
·         Membersihkan longkang yang tersumbat
·         Memangkas daun
·         Memesin rumput
·         Mengecat pondok bacaan

Isi 4 :
·         Menikmati hidangan
·         Berehat
·         Berbual-bual
·         Aktiviti gotong-royong selesai

Penutup :
·         Gembira sekolah bersih

·         Sampai di sini sahaja surat saya ......