Tuesday, February 7, 2017

Kereta Api ke Hatyai dan Hotel Bajet

Kereta Api ke Hatyai dan Hotel Bajet

Leeza dahulukan dengan ucapan salam sejahtera.
Moga kalian sihat sejahtera.

Entri kali ini leeza akan menceritakan percutian yang santai, bajet dan serba ringkas iaitu di Haytai, Thailand. Percutian yang dirancang di saat-saat akhir ini menjadikan Hatyai, Thailand sebagai pilihan destinasi leeza pada penghujung tahun 2016.

    Nak bercuti jauh sikit dari Malaysia, tapi tiket kapal terbang tak tempah awal-awal, jadi leeza pilih Hatyai sebagai destinasi untuk menenangkan diri di penghujung tahun ini. Leeza ke sana selama 5 hari 4 malam dan Regency Hotel menjadi pilihan penginapan leeza pada percutian kali ini.
  
Kereta Api Ke Hatyai
     Entri kali ni leeza hanya berkongsi tentang penginapan dan pengangkutan leeza ke Hatyai Thailand. Entri seterusnya, leeza akan kongsikan tentang tempat menarik dan bayaran yang dikenakan. Bukan tak nak berkongsi di sini, macam panjang sangat pula.

HOTEL dan Penginapan :
Regency Hotel Hatyai Thailand
Regency Hotel Hatyai Thailand

-      Harga RM111 semalam. Tempah guna Agoda
-      Tiada sarapan disediakan
-      Bilik bersih dan selesa
-      400-500 meter dari stesen kereta api Hatyai
-      Kolam Renang – berada dalam keadaan yang teruk. Seperti tidak dibersihkan. * masa leeza menginap di sini yer.
-      Dekat dengan tempat membeli-belah
-      Dekat dengan tempat makan (waktu malam)
-      Kalau siang hari, dekat dengan Restoran Mariam atau Restoran Hamid
-      * Restoran Mariam ini, harganya murah sikit. Tapi makanannya biasa-biasa sahaja
-      *Restoran Hamid ini, harganya boleh tertelan air liur! Leeza insaf terus makan restoran Hamid ni. Herk herk


PERJALANAN :
Leeza ke Hatyai Thailand dengan menaiki kereta api. dari Padang Besar Leeza park kereta di Imegresen Malaysia Padang Besar. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

1.   Tiba jam 7:45 pagi - Park kereta di Imgeresen Malaysia Padang Besar
2.   Sarapan di Nasser Kafeteria Stesen Kereta Api Padang Besar sementara tunggu kaunter tiket dibuka. Kaunter jualan tiket dijangka buka jam 8:30 pagi.
Nasser Kafeteria Stesen Kereta Api Padang Besar

3.   Beli tiket ke Hatyai Thailand. Tiket ke Hatyai hanya ada dua masa, boleh rujuk bawah. Tiket TIDAK BOLEH beli awal yer. Harap maklum.

4.   Kira-kira 10:00pagi, kereta api bertolak ke Hatyai, Thailand.
5.   Setibanya di stesen Hatyai, leeza diserbu oleh mereka yang ingin membawa kita ke destinasi.
6.   Tuah tidak menyebelahi leeza pagi itu, leeza ditipu oleh pemandu tut tut dengan bayaran 100 bath ke Regency Hotel. Haaaa ~~
7.   Sebenarnya bayaran yang dikenakan 30-40 bath sahaja. Masa balik, leeza jalan kaki sahaja dari hotel ke stesen sebab dekat jer pun.

Hotel Ragency ni bersebelahan dengan Lee Garden. Hotel Lee Garden Hatyai, ramai juga orang Malaysia menginap di sana. Mungkin lain kali leeza akan cuba menginap di sana pula.

Jumpa di entri yang lain tentang tempat yang wajar dikunjungi. Berdasarkan pengalaman leeza di Hatyai Thailand, ada beberapa tempat yang dibawa oleh pemandu pelancong yang tidak perlu kita jejaki. Jimat sikit duit kita kan... Hmmmmm

Akhir kata,
Hidup dengan barisan idea dan perisai minda.
Krik Krok  ~ ~ ~


2 comments:

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.