Monday, March 13, 2017

Contoh Karangan Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan

Contoh Karangan Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan

    Pada era globalisasi ini, kita perlulah mengamalkan budaya belajar secara berkumpulan. Sesungguhnya, banyak manfaatnya jika kita belajar secara berkumpulan.

     Antaranya, kita dapat berkongsi buah fikiran bersama-sama rakan-rakan. Pada masa yang sama, kita dapat bertukar pandangan serta idea dengan rakan-rakan supaya kita mempunyai pengetahuan yang luas. Tambahan pula, kita akan menjadi orang yang berilmu dan mengelakkan diri kita menjadi seperti katak di bawah tempurung. 

     Selain itu, kita boleh mengulang kaji dengan rakan-rakan semasa kita belajar secara berkumpulan dengan mereka. Rakan-rakan kita dapat membantu kita menyelesaikan masalah pelajaran yang kita hadapi. Pada masa yang sama, kita boleh membuat latihan tambahan atau kerja sekolah yang diberi oleh guru bersama-sama. Kita dapat berbincang sesuatu topik dengan lebih mendalam seterusnya menguasai tajuk yang diajar oleh guru.

     Di samping itu, sahsiah kita juga akan menjadi lebih baik apabila kita belajar secara berkumpulan. Misalnya, kita dapat memupuk nilai bekerjasama semasa kita belajar secara berkumpulan. Kita akan saling membantu dan bersepakat apabila rakan-rakan kita menghadapi masalah. Oleh itu, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan cepat, bak kata pepatah  bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

     Akhirnya, kita juga dapat mengelakkan sikap mementingkan diri, bak kata pepatah bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Sesungguhnya, sikap mementingkan diri perlu dielakkan dalam diri setiap masyarakat agar kita dapat hidup dengan aman dan harmoni. Hal ini dapat dibuktikan apabila setiap ahli kumpulan bekerjasama dan saling berkongsi ilmu semasa belajar secara berkumpulan. Jika sikap mementingkan diri dapat dielakkan sejak dari bangku sekolah, sudah pasti nagara kita dapat melahirkan generasi yang berwawasan. 

     Konklusinya, kebaikan belajar secara berkumpulan tidak dapat kita nafikan lagi. Lantaran itu, semua pihak perlulah menggalakkan murid-murid belajar secara berkumpulan supaya murid-murid mendapat manfaatnya. 

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza kongsikan contoh karangan belajar secara berkumpulan.

15 comments:

  1. bagusnya karangan kamu

    ReplyDelete
  2. boleh lah . sebab say cikgu bm . jadi saya bagi kamu 21/25 . try to the best again 😊

    ReplyDelete
  3. thank you...

    ReplyDelete
  4. thank you...banyak isi2 penting

    ReplyDelete
  5. Apa maksud era globalisasi

    ReplyDelete
  6. Bagus upsr kalau keluar ini confirm I happy

    ReplyDelete
  7. Karangan yang sangat bagus

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.