Monday, March 27, 2017

Review Restoran Nasi Buloh Sekinchan

Cuti sekolah yang lepas, leeza "bawa diri" ke Pulau Pangkor, Perak. Perjalanan pulang dari Pulau Pangkor, leeza singgah di Restoran Nasi Buloh yang tersergam megah di tepi jalan area Sekinchan.

   Tertarik dengan namanya, leeza pun isi perut di Restoran Nasi Buloh. Jom layan beberapa keping gambar menu leeza di sana.

* leeza tiba agak lewat, lauk pun dah banyak yang habis.

Nasi Buloh Sekinchan

Kacang panjang oh kacang panjang
Sedap jer nampak Nasi Buloh
Tengok gambar pun dah terliur der

Air Kelapa Leleh Nasi Buloh
Rumusan : 
1. Udang - 4.5/5 bintang !! Terbaik dan sedap..
*Untuk makluman, udang ni kira ikut berapa ekor kita ambil yer.

2. Kacang panjang - 3.5 / 5 bintang. Rasanya sedap juga.

3. Ayam Goreng - 4/5 bintang. Sedap juga.

4. Nasi Buluh - 4.5/5 bintang. Terbaik. Pengalaman baharu lah..

5. Air kelapa meleleh - 5/5 bintang. Best!! Lagi-lagi cuaca yang terik, perghh sedap der!


Keseluruhannya, pada mereka yang menggunakan laluan ini, boleh lah singgah makan di Restoran Nasi Buloh, Sekinchan! Pengalaman yang tak mungkin dilupakan.

Info ringkas tentang Restoran Nasi Buloh : (copyright dari Google)

Address14203, Jalan Aman Utama, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia
Phone+60 19-264 2520 

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca. Selamat bersantai.

Sekian ~ Hidup dengan Barisan Idea dan Perisai Minda!

Monday, March 13, 2017

Contoh Karangan Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan

Contoh Karangan Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan

    Pada era globalisasi ini, kita perlulah mengamalkan budaya belajar secara berkumpulan. Sesungguhnya, banyak manfaatnya jika kita belajar secara berkumpulan.

     Antaranya, kita dapat berkongsi buah fikiran bersama-sama rakan-rakan. Pada masa yang sama, kita dapat bertukar pandangan serta idea dengan rakan-rakan supaya kita mempunyai pengetahuan yang luas. Tambahan pula, kita akan menjadi orang yang berilmu dan mengelakkan diri kita menjadi seperti katak di bawah tempurung. 

     Selain itu, kita boleh mengulang kaji dengan rakan-rakan semasa kita belajar secara berkumpulan dengan mereka. Rakan-rakan kita dapat membantu kita menyelesaikan masalah pelajaran yang kita hadapi. Pada masa yang sama, kita boleh membuat latihan tambahan atau kerja sekolah yang diberi oleh guru bersama-sama. Kita dapat berbincang sesuatu topik dengan lebih mendalam seterusnya menguasai tajuk yang diajar oleh guru.

     Di samping itu, sahsiah kita juga akan menjadi lebih baik apabila kita belajar secara berkumpulan. Misalnya, kita dapat memupuk nilai bekerjasama semasa kita belajar secara berkumpulan. Kita akan saling membantu dan bersepakat apabila rakan-rakan kita menghadapi masalah. Oleh itu, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan cepat, bak kata pepatah  bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

     Akhirnya, kita juga dapat mengelakkan sikap mementingkan diri, bak kata pepatah bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Sesungguhnya, sikap mementingkan diri perlu dielakkan dalam diri setiap masyarakat agar kita dapat hidup dengan aman dan harmoni. Hal ini dapat dibuktikan apabila setiap ahli kumpulan bekerjasama dan saling berkongsi ilmu semasa belajar secara berkumpulan. Jika sikap mementingkan diri dapat dielakkan sejak dari bangku sekolah, sudah pasti nagara kita dapat melahirkan generasi yang berwawasan. 

     Konklusinya, kebaikan belajar secara berkumpulan tidak dapat kita nafikan lagi. Lantaran itu, semua pihak perlulah menggalakkan murid-murid belajar secara berkumpulan supaya murid-murid mendapat manfaatnya. 

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza kongsikan contoh karangan belajar secara berkumpulan.